Khamis, 12 Julai 2007

Darjah 'O' Sekolah Melayu - 1948


Ada sesuatu yang mengembirakan aku pagi itu. Hari itu adalah hari aku mula menjejakkan kaki di Sekolah Melayu. Pak Uteh bersetuju permintaan ayahku untuk aku ikut sepupuku Hashim kesekolahnya mulai pagi itu. Minggu sabelumnya bapaku telah mendaftarkan aku untuk masuk Darjah 1 sessi persekolahan tahun berikutnya. Munkin kerana sudah tidak sabar untuk melihat anaknya bersekolah ayahku minta kebenaran Guru Besar untuk tumpangkan aku seminggu dua di dalam Darjah 1 dahulu.
Untuk tujuan itu Guru Besar beri syarat, jika ada penjaga aku dibolehkan masuk Darjah O[i] - di tumpang sama-sama belajar dengan murid-murid Darjah 1.
“Murid baru akan mula memasuki alam baru pada hari pertama di sekolah. Segalanya asing bagi mereka. Macam-macam kerenah akan berlaku, dan pihak sekolah tidak mau bertanggungjawab. Mereka ta’tau ketandas. Mereka akan buang air dalam seluar. Jika takutkan guru, mereka akan bertindak menangis dan meronta-ronta hendak pulang,” Chegu Ayub, Guru Besar memberi penjelasan. “Darjah O itu darjah tumpang sementara di Darjah 1. Kita benarkan mereka masuk Darjah O, dengan syarat ada abang atau sepupu kini sedang belajar dalam Darjah 1 sekolah ini.”
Ayahku nyatakan, anak saudaranya Shafie sepupuku kini dalam Darjah 1. Dia akan minta Shafie jaga aku. Ayahku juga jelaskan bahawa Hashim sepupuku dalam Darjah 4 tahun depan. Dia juga boleh jaga aku.
Guru Besar bersetuju dan, aku dibolehkan duduk bersama Shafie di kelas Darjah 1 mulai hari Ahad minggu berikutnya.
Petang itu ayah dan emakku kerumah Pak Uteh untuk menumpangkan aku ikut sepupuku Hashim dan adiknya Shafie. Peluang yang diberikan Guru Besar itu bagaikan ‘pucuk di cita ulam mendatang’.Tidak ramai yang layak masuk ka Darjah O, bagi murid daftar baru yang tidak punya abang atau penjaga. Mereka hanya diperlu lapor diri ka sekolah hari pertama pada Penggal 1 persekolah tahun berikutnya Bapaku maukan aku masuk Darjah O dulu, supaya apabila sekolah buka tahun depan aku sudah biasa dengan keadaan di sekolah itu.
Pak Uteh sokong aku masuk Darjah O, dan terus setuju permintaan ayahku itu. Nasihatnya buka sekolah Penggal 1 tahun depan ayahku hendaklah belikan aku basikal, untuk membolehkan aku bertemankan Hashim dan Shafie kesekolah. Hashim tidak dapat menumpangkan aku, kerana dia terpaksa membawa adiknya. Ayahku akur akan nasihat Pak Uteh itu. Aku yang paling seronok, kerana bukan sahaja berpeluang ikut Hashim dan Shafie ka sekolah tetapi akan dibelikan sabuah basikal baru pula.


_____________________________

[i] Darjah O. Bakal murid yang akan masuk ke Darjah 1 tahun berikutnya, digalakkan ikut abang-nya kesekolah selama seminggu dua sabelum Cuti Penggal 3.

Tiada ulasan:

ANAK TANJUNG BAYAN

Membesar di Resab Melayu ditengah masyarakat yang daif.

Mengenai Saya

Foto saya
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.