Generasi ku mengenal persekitaran kediaman kami sebagai Kampung Halaman. Kampung bererti tempat kami tinggal dan membesar. Halaman bererti ruang tempat kami bermain.
Sabenar dan sasungguhnya, Kampung Halaman adalah tempat kami membesar.
Kampung ku tidak punya kawasan permainan (saperti yang tersedia dikawasan perumahan zaman sekarang.) Kawasan permainan hanya terdapat di sekolah. Di sekolah ada padang bola, padang hockey, padang bola keranjang, court badminton dsbnya.
Oleh kerana kampung Tanjung Bayan masa itu tidak punya sekolah, maka dikampungku tidak ada padang permainan.
Separti pernahku kata: membesar dalam keadaan kedaifan, kemiskinan dan serba kekurangan menyebabkan kami pandai berdikari dan ‘resourseful.’ Sendiri-sendiri atau secara berkumpulan kami mahirkan diri mencipta dan membuat alatan permainan. Kami mahir buat gasing dari kayu terpilih, buat bola dengan mengunakan buah kelapa komeng (yang dah kering) dililit dengan getah skrap (scrap), buat layang-layang dari racikan buluh dan kertas, buat tapak dam dari papan, buat kayu congkak dari batang nangka, buat sampan layar dan baling-baling kepalterbang dari kayu jenis Mahang atau Kekabu, ……….
Biasanya bagi permainan berkumpul tentunya unsur pertandingan perlu. Pertandingan bukan semata-mata menguji keahlian pasukan, tetapi kesanggupan dan ketertipan tiap pemain mematuhi undang-undang permainan itu. Sementara alat permainan di reka sendiri, undang-undang bertarung selalunya diajarkan oleh mereka yang berpengalaman dan mahir. Biasanya dari abang-abang yang lebih berumor dari kami. Merekalah guru kami. Keterampilan dan keahlian mereka dalam jenis permainan itu menjadikan kami senang anggap mereka idola kami.
Bagitu secara tradisinya permainan sekampung di turunkan kepada kami.
Lazimnya di satiap rumah kediaman di kampungku telah sedia punya halaman seluas yang termampu. Kawasan halaman itu pula, dijaga rapi dan dibersihkan satiap hari. Pada parameter tiap halaman itu di hiasi dengan tanaman bunga menurut kegemaran tuanpunya, atau bagi yang tidak suka berkebun bunga akan menanam pokok buah-buahan. Apapun minat tuan rumah untuk diisikan dihalaman rumah mereka, sebahgian ruang yang cukup luas tersedia sebagai gelanggang untuk riadah.
Lazimnya di satiap rumah kediaman di kampungku telah sedia punya halaman seluas yang termampu. Kawasan halaman itu pula, dijaga rapi dan dibersihkan satiap hari. Pada parameter tiap halaman itu di hiasi dengan tanaman bunga menurut kegemaran tuanpunya, atau bagi yang tidak suka berkebun bunga akan menanam pokok buah-buahan. Apapun minat tuan rumah untuk diisikan dihalaman rumah mereka, sebahgian ruang yang cukup luas tersedia sebagai gelanggang untuk riadah.
Menjemput kawan-kawan sekampung bermainan di halaman rumah kita, satu kebanggaan bagi tiap kami. Untuk menarik kehadhiran kawan-kawan itu, kita mesti punya kepakaran sendiri. Jika sasaorang itu pandai dan mahir bermain dan membuat gasing, halaman rumahnya akan jadi gelanggang permainan gasing. Akan dikunjungi ramai kawan-kawan yang meminati permainan itu. Dia jadi ikon dan ketua dalam permainan itu. Bagitu pula dengan permainan lain-lain. Yang berjaya membuat bolasepak, halaman rumahnya akan menjadi gelanggang bola sepak.
Rumah Musa jiran terdekat, letaknya selang satu halaman dari rumahku. Halaman rumahnya lebih besar dari halaman rumahku. Luasnya lebihkurang satengah padang bolasepak. Bersih dan rapi dijaga keluarganya. Dibirai jalan besar terdapat dua baris pokok manggis yang senantiasa berbuah. Kerap kami bertandang kehalaman rumah Musa untuk bermain sepakbola. Kaluarganya tidak menghalang kami bermain bola dihalaman rumah Musa. Letih bermain, kami memanjat pokok manggis. Berjaya memetik sabiji dua buah manggis yang sedang masak ranum dihujung dahan, kebangaan bagi yang berjaya memanjat untuk memetik buah-buah manggis itu.
Pokok manggis kayunya liat, pohonnya rimbun, dahannya tersusun rapat, sangat mudah untuk dipanjat. Dikawasan belakang rumah Musa juga terdapat beberapa batang pokok rambutan dan pulasan yang tinggi. Pada musim berbuah, jika dan apabila keluarganya tiada dirumah, Musa berani ajak kami memanjat pokok rambutannya.
Antara kami, Musa saorang yang lincah. Dia mahir melakukan segalanya. Dia mahir mamanjat, berenang, dan membuat bolasepak menggunakan kelapa komeng. Malik anak Paman Ramlan bertindak sebagai pembekal getah ‘scrap’. Musa suka itu, kerana dia juga ikon kami dalam permainan bola sepak. Musa ketua pasukan bola sepak kami, dan halaman rumah musa adalah ‘stadium bola sepak kami.’
Malik, Musa, aku dan sagelintir rakan sekampung antara mereka Shafie Uda Menan, dan abangnya DolRahman, adala ahli tetap pasukan bola sepak kami.
Malik, Musa, aku dan sagelintir rakan sekampung antara mereka Shafie Uda Menan, dan abangnya DolRahman, adala ahli tetap pasukan bola sepak kami.
Halaman rumah Musa menjadi medan tempat kami bertanjak. Bermain bola dengan pasukan 6 sabelah. Itulah bentuk ‘street soccer’ kami.
Kami rasa kepunyaan kepada Kampung Halaman kami. Kami bebas bertandang kehalaman siapa juga dipersekitaran kediaman kami. Tidak ada batas sempadan. Tidak ada permusuhan. Masing-masing hormat menghormat antara satu dengan lain.Tidak ada pagar sempadan yang memisahkan kejiran kami. Kami membesar dalam keharmonian masyarakat Sekampung Halaman.
Nostalgia
Pepatah Melayu,”Sejauh Mana Terbangnya Bangau, Akan Kembali Kebelakang Kerbau juga,” sangat tepat untuk menjelaskan kecintaan Jenerasi Ku kepada Kampung Halaman kami. Dimana kami berada, kemana kami pergi ketika usara dewasa kami, waktu membesar dalam persekitaran Kampung Halaman tetap membunga dalam ingatan kami.
Kecintaan kami kepada Kampung Halaman dan Masyarakat didalamnya bagaikan satu ikatan talian kekeluargaan yang intim dan kesetiaan yang luhur. Rakan sekampung dan sepermainan, ibarat ‘anak kembar’ yang sukar untuk dipisahkan.
Kecintaan kami kepada Kampung Halaman dan Masyarakat didalamnya bagaikan satu ikatan talian kekeluargaan yang intim dan kesetiaan yang luhur. Rakan sekampung dan sepermainan, ibarat ‘anak kembar’ yang sukar untuk dipisahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan