Sabtu, 29 Disember 2007

Keluarga Emak

Leluhur Keluarga Emak

Antara bagitu banyak perkampungan di Resab Melayu itu, Kampung Tanjung Bayan dan Kampung Sungai Lancang tempatku membesar. Jarak antara keduanya kira-kira satengah berkayuh perahu hilir Sungai Bernam ikut arus air surut menuju ka Selat Melaka. Jika berkayuh pada waktu subuh dari Tanjung Bayan, menghilir ikut surut pagi menuju kuala Sungai Bernam akan sampai ke Bagan Sungai Tiang sabelum tengah hari. Kemundian jalan kaki meniti  batas ‘bund’ ke Kampung Sungai Lancang. 


Di situ letakkan perkampungan kelompok keluarga Emak. Disitu kelompok Tok Aji Ali aruah ayah Emak membuka perkampungan. Kini di Kampung Sungai Lancang tinggal keluarga Tok Anjang, Tok Uchu, Tok Andak, Tok Zaharah, dan ramai lagi ‘sepupu sepapa’ leluhur keturunan Mak.


Sambil menapak melalui jalan jalan kampung arah ke Sungai Lancang, tiap kali kami melintasi kediaman keluarga, dalam kegaeharannya Bapak akan menlaung memberi salam, mengumumkan ketibaan kami itu. 


Dan tanpa usul pereksa penghuni rumah, lantas bertanya: “Siapa tuu?”


“Kami dari Tanjung Bayan,” laung Mak jika suara yang bertanya itu perempuan. Selalunya kaum perempuan tinggal di rumah waktu siang, kaum lelaki mencari redzeki di luar. Bapak dan Emak pasti itu.

“Bila sampaiiii,” suara itu memanjang dan bernada ceria dilontarkan keluar dari arah dapor. Di ikuti susup sasap bunyi beberapa tapak kaki menerpa kebahgian anjung, diikuti bunyi jejari anak tingkap dibuka.


“Ohh Kak Long dan Abang Andak ke!!!. Takke’ singgahhhhhh,” suara memanjang tadi kini sudah menjengokkan muka di jendela di anjung. 



Kakak selalu ketawa-ketawa kecil, geli hati lihatkan muka-muka dijendela itu puteh melepak ditampal bedak sejuk. Kadangkala ada dua tiga muka, menjengok sileh berganti dimuka jendela itu, ghaerah mengintai kami. 


Pernah aku menonton persembahan bangsawan bersama keluargaku di Great World Amusement Park Teluk Anson sabelumnya. Bagiku kemunculan muka melepak puteh saperti dari jendela di kampong Sungai Lancang itu, sama saperti cara badud bangsawan menjengokkan muka dicelah-celah tirai panggung, sabelum keluar ketengah gelanggang menghiburkan penonton dalam ‘extre turn.’

Bagaimana pun emak tidak jawab soalan pertama, atau pelawaan dari tuan rumah itu. Sebaliknya akan tercetus di mulut emak,”Nak kerumah Tok Anjang,” jika rumah Tok Anjang yang kami tuju.


Memadai dengan jawapan itu. Pasti malam nanti mereka akan bertandang kerumah Tok Anjang untuk mengalukan kedatangan kami.


Biasanya kunjungan keluargaku ke Sungai Lancang akan memakan masa yang lama. Munkin sampai seminggu dua.


Tiap saudara terdekat akan keluargaku lawati secara bergilir. Tidur semalam dua dirumah rumah mereka. Yang pasti Rumah Tok Anjang tumpuan utama. Kerana dia keluarga lelaki yang tua, atau munkin kerana Rumah Kutai Tok Anjang besar. Atau munkin Tok Anjang diakui terkaya dalam rumpun leluhur ibu. Aku tidak pasti itu. Bagiku keputusan jadikan Rumah Tok Anjang tempat persinggahan pertama kami sesuatu yang menyenangkan. Kerana di rumah Tok Anjang ada peti nyanyi. Satelah seharian letih dibuai ombak dan otot-otot keras berjalan kaki bermalam dirumah Tok Anjang pasti menghiburkan.


Terdapat sabuah Kedai Gunting dipintu masuk kerumah Tok Anjang. Ketika Bapak beri salam, aku cuba elak memandang kearah kedai itu, kuathir bertemu mata dengan Tok Ucu, adik bungsu Tok Anjang.


Tok Uchu satu-satunya tukang gunting di Kampung Sungai Lancang. Pasti Tok Ucu akan pelawa untuk cukur rambutku. Membenarkan kepala dibotakkan oleh Tok Ucu bermakna menanggung seksa kesakitan dari pisau cukurnya yang tumpul. Kali terakhir aku serahkan kepalaku untuk dicukur botak oleh Tok Ucu, sepanjang malam ku rasa pedih garis-garis luka dikulit kepalaku. Mandi pertama salepas bercukur, paling menyeksa. Kulit kepala rasa pedih apabila di sapu air limau nipis, untuk menghapuskan kelemomor disamping, air telaga yang senantiasa kelat itu memedihkan mata. 



Tok Uchu akan tinggalkan setompok jambul didahiku. Kata Tok Uchu jambul didahi itu akan menghindar aku dari di goda syitan dan di jangkiti penyakit. Apabila ku renung wajahku dalam cermin ku dapati mukaku sangat melucukan, ala badut sarkas,

Dari mana Tok Ucu belajar ilmu itu, aku tidak pasti. Tapi itulah kata-kata Tok Ucu kepada Bapak ketika pisau cukurnya rakus membotakkan kepalaku. Jika aku tidak memakai sebarang tangkal di leher, Tok Ucu pasti akan kalungkan satu tangkal percuma, supaya aku ‘cucu kesayangannya’ akan kebal dari gangguan semangat halus.


Kata Tok Anjang segalanya itu adalah karut marut, kurafat dan bidaah semata-mata. Tapi Tok Ucu tetap dengan caranya.


Tok Anjang telah menunaikan Rukun Kelima. Dia dikenali di Sungai Lancang sebagai Haji Munaf. Tapi Tok Anjang tidak pernah ku lihat pakai serban saperti yang lain-lain. 



Bergelar Haji mempunyai kedudukan ‘protokol’ istimewa dan selalunya diberikan satinggi penghormatan oleh rata-rata masyarakat kampong. Dimajlis-majlis kenduri mereka mengepalai hidang. Didudukkan sebaris dengan Tok Imam, Tok Sidang atau Penghulu. Makan satu hidang, biasanya dalam talam tembaga, beralaskan ‘kain seperah bertekat warna kuning’. 


Tapi Tok Anjang ta’suka semua itu. Katanya, dia tidak mau didewakan atas alasan dia saorang Haji. Haji tuntutan Allah untuk tiap umat Islam menunaikannya. Mengerjakan Haji ketanah suci Mekah Al Mukaramah rukun wajib untuk semua penganut. Selesai ibadah haji tidak memestikan sasaorang mendewakan dirinya minta disanjung dan dihormati, walaupun ramai bekas jemaah anggap mereka telah menduduki arysh yang tinggi dalam masyarakat apabila pakai serban dan bergelar haji. Kata Tok Anjuang lagi, kelakuan membanggakan diri itu di murkai Allah. Itu takbur namanya. 


Munkin kerana pendirian Tok Anjang itu dan sikapnya suka merendah diri menyebabkan Emak dan Bapak memilih untuk kerumah Tok Anjang sebagai tempat persinggahan pertama tiap kali kami ke Kampung Sungai Lancang.


“Ehh kamu. Tuju rumah orang kaya aje,” sindir mereka apabila sampai giliran kami bertandang kerumah mereka pula.

Apapun anggapan mereka itu pada pengamatan ku, keluarga kami sangat disayangi oleh keluar leluhur Emak di Sungai Lancang.


Emak sangat bangga dengan leluhurnya. Emak selalu kata, ‘waris warah’nya terdapat dari Kampung-kampung Sungai Tiang, Kampung Sungai Baru, Sungai Lancang dan Rungkup. “Perjalanan kampong dari Sungai Tiang ke Rungkup, tiap rumah yang ditemui adalah ‘waris warah’ emak. Singgah saja dan kamume akan dilayan mereka sebaiknya,” emak selalu berpesan. 



Aku akui pengakuan Emak itu. Emak tidak bermain kata. Tiap kali kami ke Sungai Lancang, emak pastikan kami juga kerumah keluarga di Sungai Tiang, Sungai Baru dan Rungkup. Jarah antara Sungai Tiang dan Rungkup hampir 4 batu, kira-kira 7km perjalanan sekarang.

Di satiap kampong itu, terdapat pecahan institusi leluhur keluarga Emak. Tiap satu institusi itu berketua, saperti Tok Anjang mengetuai institusi keluarga emak di Sungai Lancang. Di Sungai Tiang ada Tok Uda, di Sungai Baru Tok Aji Sarif, di Rungkup Tok Aji Wahid. Jadinya tiap kali keluarga kami bertandang ke Sungai Lancang, wajib bagi kami membahagikan masa untuk tinggal semalam dua di Sungai Tiang, Sungai Baru dan Rungkup.


Selasa, 28 Ogos 2007

Keterampilan Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar di semua Government English School. Pepereksaan LCE yang akan kami duduki pada tahun 1957, adalah dalam bahasa pengantar Inggeris. Kumpulan kami di GES Sg Sumun, gulungan yang terulung menduduki pepereksaan LCE (Lower Certificate Of Education) itu. Cabarang yang dihadapi oleh Guru Besar dan guru-guru di GES itu, untuk meningkatkan penguasaan kami menggunakan Bahasa Inggeris. 2 tahun dalam kelas peralihan SMC 1 & SMC 2 dirasakan tidak mencukupi bagi budak-budak kampong saperti kami dari Sekolah Melayu, berbanding mereka yang terdidik di Sekolah Inggeris dari Primary 1 hingga Primary 5. Perbedzaan itu sangat ketara apabila kami ‘budak-budak kampong dari aliran Melayu’ ditempatkan satu darjah dalam Standard 6 dengan ‘murid-murid bandar dari aliran Inggeris.’
Bagi Guru Besar Chegu Mustapha K. hanya dengan menguasai asas Bahasa Inggeris sebaiknya, penentu pada kejayaan cemerlang dalam pepereksaan awam itu.
Bertutur dalam Bahasa Inggeris di wajibkan bagi semua murid. Bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing selain dari Bahasa Inggeris akan di denda 5 sen. Guru-guru dan Prefect sekolah diberikan tanggungjawab sapenoh untuk memantau pelaksanaan arahan Guru Besar itu sebaiknya. Yang didapati bersalah akan di hadapkan kehadapannya. Chegu Mustapha K. tidak akan ragu-ragu menjatuhkan hukuman denda bagi kesalahan pertama dan sepanjutnya akan memanggil ibubapa atau penjaga bertemu dengannya di sekolah bagi kesalahan kedua dan saterusnya.
Satu hari tanpa pengetahuanku bapaku telah datang ka Sekolah bertemu dengan Guru Besar. Aku jadi kalut bila diberitau akan kedatangan bapaku itu. Munkinkah aku telah dilaporkan Prefect kerana bertutur dalam Bahasa Melayu di sekolah. Sepanjang ingatanku, tidak pernah sekalipun aku ditangkap kerana kesalahan itu, walaupun pada banyak ketika kami terbawa-bawa bertutur Melayu sesame kami. Tapi kenapa bapaku dipanggil bertemu dengan Guru Besar itu?
Aku rasa serbasalkah apabila dipanggil menghadapi Guru Besar serta merta pagi itu. Ketika aku dibenarkan masuk mengadap Chegu Mustapha K. bapaku sudah berada dihadapannya. Semacam mereka berdua telah selesai berbincang dan kini sedang menunggu akan kedatangan aku itu sahaja. Apakah yang telah mereka bincangkan sabelum itu, diluar pengetahuanku.
“Is it true, that you want to leave school?” suara Chegu Mustapha K. Guru Besar jelas ku dengar menyapa aku. Aku tersentak, terkedu ditempatku berdiri itu. Siapa kata aku hendak berhenti sekolah, jerit batinku. Ta’pernah terlintas dalam hatiku, akan meninggalkan GES Sungai Sumun itu.
“No Sir. That is not true,” jawabku takut-takut. Mataku mencuri pandang kearah ayahku. Maka itu barangkalinya Guru Besar panggil ayahku bertemu dengannya pagi itu.
“Your father said that you’re not learning anything,” sambungnya. “Your father said that he should leave school and help him support the family.”
Mustapha K. senyum sinis. Aku rasa satu hukuman berat telah dijatuhkan kepada aku, tanpa mengetahui apa sabenarnya kesalahan ku itu. Aku mesti bertindak membela diri. Ku pandang bapaku dan kemundian Guru Besar dengan pandangan hiba.
“Please sir. I don’t want to leave school,” rayuku sedih.
Mereka kemundiannya berpandangan saketika.Kemundian ku lihat Guru Besar bercakap dengan ayahku pula.
“Macam mana Pakcik. Jadike dengan keputusan Pakcik nak keluarkan Aziz dari sekolah ini?”
Guru Besar minta keputusan dari ayahku. Aku rasa pagi itu sangat malang bagiku. Ayahku tidak berfikir panjang untuk menjawab, memberikan keputusannya.
“Sekarang saya dah dengar sendiri. Saya tidak ragu lagi Chegu. Aziz mesti terus belajar di sini.” Ayahku bersuara.
Aku jadi tenggelam punca, apa sabenarnya telah berlaku.
“Selama ini saya ingat dia buang masa tidak belajar Chegu. Hari ini pertama kali saya dengar dia cakap Orang Puteh dengan Chegu. Jadi ta’sia-sia dia masuk Sekolah Inggeris,” putus ayahku.
Guru Bersar tersengeh. Senang sekali dia mendengarkan keputusan ayahku itu.
Guru Besar membenarkan aku kembali samula kakelasku, semantara dia meneruskan perbincangannya dengan bapaku. Apa yang mereka bincangkan saterusnya, aku kurang pasti. Tapi, pada pengamatanku lama juga bapa ku berada dibilik Guru Besar itu sabelum pulang.
Malam itu ibu beritau aku bahawa bapaku paling gembira salepas bertemu dengan Guru Besar. Menurut ibuku selamanya dia memang mengharapkan aku bersungguh belajar di Sekolah Inggeris itu. Dia tidak sanggup terus-terusan mendengar tohmah dan suara-suara jengkel dari jiran sekampung, mengatakan aku membuang masa dihantar ke Sekolah Inggeris, walhal tenagaku boleh digunakan membantunya berkerja kampong.

“Pak Uteh kamu kata jika kamu teruskan belajar di Sekolah Melayu sekarang kamu dahpun lulus Pepereksaan Darjah 6 dan jadi Guru saperti sepupu kamu Shafiee dan abangnya Hashim. Kerja guru senang dan mulia. Tiap bulan ada gaji.” Ibuku menjelaskan sambil tangannya rancak menganyam tikar mengkuang. “Bapak kamu telah termakan hasutan mereka itu, juga pendapat Pak Uteh. Kata mereka dah 3 tahun bersekolah Inggeris, kamu tidak pernah sepatahpun boleh bercakap Bahasa Orang Puteh.”
Bapaku setuju itu, lalu dia ambil keputusan untuk mengeluarkan aku dari GES Sungai Sumun hari itu. Kini satelah bertemu dengan Guru Besar dan mendengar sendiri perbincangan aku dengan Chegu Mustapha K. bapaku tambah yakin bahawa keputusannya untuk menghantar aku ke sekolah aliran Inggeris 3 tahun lalu itu berbalol. Beliau berikrar akan akan patuh pada nasihat Guru Besar Chegu Mustapha K. untuk aku meneruskan pelajaranku ka sekolah Inggeris di bandar Ipoh atau Teluk Anson satelah menduduki pepereksaan LCE tahun 1957 nanti, untuk pepereksaan Cambridge School Certificate of Education dua tahun kemundiannya pada tahun 1959.

Ahad, 26 Ogos 2007

Guru Besar dan Politik Sekampung’

Zaman persekolahan memang menyeronokkan. Sekolah bagaikan taman ilmu untuk kami membesar. Murid-murid GES Sungai Sumun diurus secara berjadual dan tiap ahli dituntut untuk akur pada peraturan-peratuan sekolah yang ditentukan. Guru adalah gulungan pembimbing yang sangat dihormati semua. Oleh murid-murid, ibubapa dan jiran sekampung. Mereka gigih membimbing kami kearah sempurna. Keterampilan dan setiakawan dari mereka itu menyebabkan kami rasa berpunya. Mereka ikon yang dipandang tinggi. Mr Nesaratnam. Mr Ong Hong Kong, Chegu Ghazali, Chegu Rokiah, Chegu Latiff, Chegu Kamaruddin, Mr Gurucharan Singh dan lain-lain mempunyai keterampilan diri sebagai pendidik dengan cara dan gaya mereka yang tersendiri. Tiap saorang dari mereka punya personality yang mengkagumkan kami. Bagitu pula dengan Guru Besar baru kami, Chegu Mustapha K.
Orangnya sudah pertengahan umor tetapi masih bujang. Khabarnya dia berasal dari Chemor, Perak. Keturunan Mendailing. Kata bapaku,” keturunan Mendailing orangnya bijak-bijak belaka. Kamu bernasib baik dapat Guru Besar sebangsa kita memimpin kamu.” Entah mengapa bapaku berpendapat demikian tidak dapat aku jelaskan. Munkin 2 tahun bersekolah di GES Hutan Melintang dipimpin oleh Guru Besar keturunan Serani itu menyebabkan ayahku berpendapat demikian.
Chegu Mustapha K tinggal dikuarters Guru Besar sendirian. Guru-guru (bujang) lain, berkongsi di Kuarters Bujang kecuali Chegu Ghazali anak tempatan dan Chegu Rukiah tinggal bersama keluarganya di Barrack Custom dan berulang kesekolah dengan bas.
Sebagai Guru Besar Mustapha K. mengamalkan displin yang ketat. Dia mentadbirkan sekolah itu bagaikan saorang General. Tiap guru sangat hormat pada daya kepimpinannya. Murid-murid takut dengannya. Orangnya gempal, pendek, kepalanya besar dan rambut nipis ditengah. Bibirnya tebal, anak matanya jinak dan tajam. Apabila dia berucap, di perhimpunan pagi, semua akan tunduk dan patuh mendengar, lebih-lebih lagi arahan darinya. Bagitu pula dengan guru-guru. Tidak siapa yang berani membangkangnya. Kami diberitau beliau berkelulusan ilmu perguruan dari luar negeri, maka itu barangkali semua guru sangat hormat kepadanya. Jika memakai seluar pendek warna tanah liat dipadan dengan baju puteh lengan pendek, beliau akan bersetokin panjang tebal di ketatkan dengan ‘garters’ dan kasut kulitnya senantiasa berkilat.
Kabarnya beliau saorang pemain Rugby. Maka pasukan Rugby segera tertubuh di GES itu. Aku cuba sekali dua bermain Rugby, tapi kerana ta’sanggup kena sepak terajang pemain lain, aku ambil kesimpulan menyertai Pasukan Hockey sahaja…itupun sebagai Penjaga Gol.
Guru Besar kami Mustapha K. anti-penjajah. Itu kami tau benar. Di sebarang ucapannya diperhimpunan murid dan guru, dia tetap membentak sinis tiap kali membicarakan nasib malang anak bangsanya ditindas penjajahan. Pada ketika tertentu kami dapati beliau sering didekati oleh ahli-ahli politik tempatan saperti Ketua Kampung Pak Radin atau Lope Hashim (Umno-Parti Perikatan) dan pengikut-pengikutnya atau Ustaz Hassan Adli (PMIP) dan rakan-rakannya dari Madarsah Al-Ulum. Mereka senang berdamping dan memberikan kerjasama kepadanya untuk memajukan anak tempatan di GES itu. Kecenderungan yang ditunjukkan mereka itu sangat dihargai oleh Guru Besar kami itu.
Kesah bagaimana Chegu Mustapha K membelasah saorang pegawai ‘orang puteh’ telah menjadi cerita sengsasi yang disampaikan dari mulut kemulut di kampong kami. Menurut ceritanya, saorang Pegawai Expateriat Inggeris baru bertukar kadaerah itu. Petang itu Mustapha K baru selesai bermain Rugby di padang, saja-saja pelawa rakan-rakannya ke Rest House+ untuk minum-minum. Ketika mereka sampai di Rest House itu bag-bag Pegawai Expatriat Inggeris tersebut sedang dipunggah keluar dari kereta dan ditempatkan dihadapan anak tangga, sementara menunggu Porter untuk mambawa masuk kebilik yang telah ditempah lebih awal. Kerana keletihan perjalanan jauh dari Kuala Lumpur Pegawai Expatriat itu ambil kesempatan untuk minum di bar dahulu sabelum mendaftar masuk.
Apabila mengetahui bag-bag tersebut kepunyaan Pengawai Expateriat Inggeris itu, Mustapha K. terus menyepak dan membuang bag-bag itu ketengah jalan, dengan alasan ia menganggu perjalanannya. Melihatkan kejadian itu Pegawai Expatriat itu tampil serta menunjukkan kekuasaannya. Bagi Mustapha K. ia bagaikan ‘pucuk dicita ulam mendatang’. Dia sedia menentang pegawai itu, dan mencabarnya bertumbuk. Munkin kerana peristiwa dia bertumbuk dengan Pegawai Expatriat itu dia saterusnya ditukarkan untuk mengendalikan sekolah GES Sungai Sumum yang baru dibuka itu…wallahualam.
Apapun, kesah keberanian Guru Besar kami Chegu Mustapha K. bertumbuk dengan ‘orang puteh’ bagi kami ( sama ada benar atau sebaliknya ) adalah satu kesah keberanian Anak Melayu melawan Orang Puteh yang paling menakjubkan.
Paling menarik perhatian kami makanan untuk Mustapha K. dipesan dari bandar Teluk Anson (kini Teluk Intan) dan dikirim melalui bas. Teluk Anson bandar besar yang ketiga bagi negeri Perak selain dari bandar Ipoh dan Taiping. Ramai kami tertanya kenapa Guru Besar tidak makan di restaurant pekan Sungai Sumum saja saperti kebanyakkan guru-guru GES.yang lain. Mereka pelangganan tetap sabuah kedai Malbari di pekan Sungai Sumun itu. Tapi tidak dengan Guru Besar. Tiap sampainya bas Teluk Anson/Bagan Datoh pada jam 1.00 tengah hari, sabuah ‘tiffin carrier’ tertutup rapat dan berkunci akan diturunkan dipintu masuk kawasan sekolah. Saorang budak pejabat sudah sedia menunggu untuk ditukarkan dengan ‘tiffin carrier’ yang telah digunakan juga ditutup rami dan berkunci.
Ada banyak kemunkinan Mustapha K berbuat demikian. Pertama: dia cerewet tentang makanan, maka dia pesan makanan dari Restoran yang disukainya walaupun terpaksa dikirim dengan bas perjalanan sejauh 17 batu dari Teluk Anson ke Sungai Sumun. Kedua: sikap serius dan displin diri ( serta sikap perengosnya ) menyebabkan orang senang bermusuh dengannya, kerana itu Mustapha K ambil tindakan berjaga-jaga. Ketiga: penglibatannya dalam politik dan sikap anti penjajah yang ada padanya, menyebabkan dia juga perlu berhati-hati. Pada tahun-tahun lima puluhan permainan racun dan santau dikalangan orang-orang Melayu sangat ketara sebagai satu cara tindak balas dendam kepada musuh. Munkin Mustapha K. ingin menghindarkan dari dirinya terkena balapetaka itu.

Pilihan Raya Pertama
Demam politik Tanah Air mula merebak kekawasan kami. Gambar YTM Tunku Abdul Rahman dan Lambang Perahu Layar Parti Perikatan dapat dilihat dimana-mana, walaupun tidak banyak. Juga terdapat Lambang PMIP/PAS, PPP dan beberapa lambing parti lain. Tapi yang sangat ketara berkempen di kawasan kami parti PMIP dan UMNO. lambang Perahu Layar pada kain rentang bersama gambar Tunku Abdul Rahman di pamirkan di pekan Sungai Sumun bersetentangan dengan bilik Darjah 6. Chegu Latif guru ‘Art & Craft’ yang baru kembali dari latihan perguruan di Kirkby secara langsung mengalakkan kami melukis portrait Tunku Abdul Rahman dan untuk kerja tangan membentuk keris dari kayu, atau membuat perahu layar atau membina rumah batu dari kertas kadboard. Kami sangat teruja dengan keterampilan Chegu Latif dan cara dia mengendalikan kelas Art & Craft teruatama aku dan Ismail Shaari. Bagiku satiap masa lapang kugunakan untuk melakar gambar Tunku Abdul Rahman dan Lambang Sampan Layarnya.
Pesan Chegu Latif, petua melukis portrait sasaorang itu, adalah keupayaan kreatif pelukis menlukiskan perwatakan dalaman orang yang dipotretkan itu. Mithalnya dari ukiran senyum atau pancaran cahaya matanya kita akan dapat mengetahui isi hati dan perjuangan hidupnya.Malangnya Chegu Latif tidak lama bersama kami. Dia ditugaskan berpindah ke sekolah lain. Maka tidak dapat kami menghayati sabenarnya pengajaran Chegu Latif dalam melukis potret itu.
Pun bagitu, kecenderungan melakar portrait Tuku Abdul Rahman dan lambang Perahu Layar tetap aku lakukan. Dalam melakar wajah Tunku, aku tidak dapat menentukan sama-ada aku benar-benar berjaya. Raut mukanya, kedudukan songkoknya, orak senyumnya, sepasang telinganya yang agak capang, dagu yang sederhana tetapi berlapis dan misai yang nipis itu munkin dapat ku lakarkan seirap wajah Tunku. Tetapi keterampilan diri peribadinya tidak berupaya aku hayati sapenohnya. Lagi aku cuba hayati, lagi aku dapati perawakan Tunku sentiasa berubah dan perubahan demi perubahan itu sangat menguja aku. Tiap kali wajah Tunku menjelma dalam ingatanku adakalanya dia ku lihat sebagai sebagai bapa, sebagai datok, sebagai pemimpin, sebagai guru, sahabat dan jiran. Sangat sukar bagiku untuk baca isi hatinya.
Akhirnya aku hanya dapat mengenali YTM Tunku sebagai saorang pemimpin politik dari keturunan bangsawan yang sedang berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan Tanah Melayu dari jajahan British. Itu yang aku difahamkan, walaupun aku sendiri waktu itu tidak bagitu faham akan maksud kemerdekaan itu sabenarnya. 
Kerana itu tiap kali aku melakar potret Tunku akan ku lakar sama lambang 
Perahu Layar iaitu lambang Parti Perikatan yang dipimpin olehYTM Tunku di 
Pilihan Raya Pertama itu.
Chegu Singh dan Nesarathnam berkongsi tinggal sabuah kuarters bersama Chegu Ong Hong Kong. Chegu Nesa dan Ong Hong Kong guru terlatih manakala Chegu Singh, Chegu Rokiah dan Chegu Ghazali masih dalam latihan Perguruan. Tiap hujung minggu mereka akan masuk kelas menghadhiri kursus perguruan di Teluk Anson. Chegu Kamaruddin guru sementara yang mengantikan tempat Chegu Latif telah pula dipilih untuk mengikuti Kursus Perguruan di Kirkby, Liverpool.
Galakkan melukis bagi aku dan Ismail diberikan oleh Chegu Singh. Beliau mempunyai tujuan tertentu. Tiap minggu beliau tugaskan kami melukis poster gambar yang akan beliau gunakan sebagai alat mengajar dalam kursus latihan perguruan beliau. Beliau bekalkan kami dengan Brus, Warna dan Manila Kad sacukupnya untuk tujuan itu. Tiap satu lukisan yang siap kami dibayar upah 50 sen.
Perbedzaan ideology politik menyebabkan pergereseran antara penduduk. Pergeseran menyebabkan perbalahan dan perpecahan antara sesama ummah jiran sekampong. Masing-masing penyokong UMNO dan PMIP lama kelamaan menghakis setiakawan dan sesame sebangsa dan sekaluarga. Perbalahan sampai meruntuhkan institusi keluarga.keluarga saterusnya sesame ummah. Orang UMNO tidak bergaul dengan orang PMIP di masjid dan surau-surau. Masyarakat kampong tidak lagi sehaluan. Adik beradik tidak bertegur sapa. Penyempurnaan jenazah pada sebarang kematian dikenadlikan berpihak-pihak, ikut parti apa simati atau keluarganyua menjadi ahli.
Bahang pengaruh ideology politik yang bertentangan mulai dirasai, oleh Guru Besar Mustapha K. Dia tidak membenarkan fahaman politik terbawa-bawa kesekolah. Dia berkerja keras kearah itu. Maka itu dia tidak putus-putus menemui pemimpin-pemimpin parti dan ahli-ahli politik tempatan dengan tujuan untuk melegakan selisih faham politik antara mereka.

Kopral Punishment’
Aktibiti melukis sebagai kerja sambilan pada satiap hujung minggu secara langsung telah menokok wang saku aku dan Ismail. Munkin kerana mereka berkongsi satu kuarters maka, Chegu Nesa guru darjah kami, tidak pula melarang kami melukis alat mengajar untuk Chegu Gurucharan. Bagiku ditugaskan membantu Chegu Gurucharan melukis gambar rajah untuk nya dan dibayar, aku rasakan diriku telah bebas untuk menggunakan talenku sebagai pelukis dimana saja, termasuk mencoret potret Tungku dan Lambang Perahu Layar Parti Perikatan di papan hitam bilik darjah kami pada satu petang Sabtu salepas bermain Table Tennis bersama kawan-kawanku.
Tiap pagi Isnin di adakan perhimpunan. Di perhimpunan itu Guru Besar Chegu Mustapha K akan memberi taklimatnya. Kami semua bersedia awal tiap pagi Isnin. Pakaian mesti kemas dan bersih, dan samestinya kelihatan ceria sepanjang masa perhimpunan itu walaupun bagi satengah kami masih dalam keadaan mengantuk kerana menonton Persembahan Malayan Filem Unit Kerajaan di acara kempen penerangan Pilihan Raya yang diadakan di pekan-pekan kecil pada satiap hujung minggu. Dan pada satiap malam Sabtu dan malam Ahad kami akan berbondong berbasikal mengikuti kereta Malayan Filem Yunit itu berkempen, kadangkala sampai sejauh lebih 10 batu dari rumah kami.
Pada ketika bendera Union Jack di naikkan bersama bendera Negeri Perak kami berderai menyanyikan lagu God Save The Queen dan kemundian diikuti dengan Lagu Allah Selamatkan Sultan. Berbedza dengan pagi Isnin lain-lkain pagi itu Chegu Mustapha tidak berada bersama-sama diupecara menaikkan bendera itu. Sabenarnya pagi itu beliau telah melawat keliling sekolah untuk memantau kebersihan di kawasan. Hanya sajurus kemundian baru beliau muncul dihadapan kami dan salepas Chegu Ong Hong Kong, Guru Pengawas membuat pengumuman berhubung dengan Pertlawanan Sepakbola Antara Sekolah, Chegu Mustapha K memulakan taklimatnya.
Dia senyum melebar dan matanya jinak merenung kami.
“Who amongst you are good in drawing? Please put up your hand,” suaranya mesra dan bersahaja.
Aku, Ismail dan 2 orang murid dari kelas SMC2 angkat tangan.
“Good,” balasnya. “Please come forward.”
Kami berempat segera keluar, berdiri sebaris menghadapi barisan kawan-kawan yang lain. Munkin ada sesuatu yang baik untuk kami pagi itu, bisik hati kecilku. Munkin dihati kecil Ismail dan 2 murid dari SMC2 juga berfikiran demikian. Munkin akan ditawarkan biasiswa untuk dididik sebagai pelukis diluar negeri saperti yang pernah diterangkan oleh Chegu Latif, aku barangan.
“Now. Who amongst you are budding writers? Please put up your hand.” Dia bersuara samula. Matanya jinak dan liar memerhati keliling kepada kawan-kawan yang lain. Musa, Ikram dan Rashid dari kelasku pula angkat tangan. Tiada yang lain sanggup mengemukakan diri.
“Very good. We have 3 potentials. Please come forward,” jelasnya menyeringai sambil memandang kepada Mr. Nesa dan Ong Hong Kong. Mereka bertiga pun keluar, berdiri sederet dengan kami.
Kemundian Guru Besar menghampiri Chegu Nesa dan membisekkan sesuatu kepadanya. Chegu Nesa tersengeh, tetapi mengangguk patuh. Kemundian dia mengarahkan Mr Ong Hong Kong untuk mengelolakan assembly pagi itu.
Kami sangat teruja untuk mengetahui apakah berita baik yang akan disampaikannya sabentar lagi itu. Patuh kami menunggu arahannya selanjutnya.
“Now turn right,” suaranya mula tegas. “Follow me and Mr Nesa to Standard 6 classroom.”
Kami patuh. Hati kecil masing-masing mula mengesyaki ada sesuatu tidak kena. Aku teringat telah melukiskan rajah gambar Tunku dan Logo Parti Perikatan dipapan hitam. Munkin aku akan di displin pagi itu. Tetapi kenapa yang lain-lain pula diarahkan ikut sama?.
Benar. Sampai saja kami ke bilik Standard 6 kami disuruh menghadapi papan hitam.
“Now tell me whose works are these.” Suara Guru Besar tiba-tiba menyerkah. Suaranya bagaikan halilintar.
“I sir,” aku cepat-cepat mengaku. " The drawings are mine, not the writing." aku tunduk patuh dan takut.
Dia, tersengeh.
Lalu kemundian spontan tangannya mencapai pembaris dari atas meja guru dan menunjukkan pada tulisan cogan kata yang berbunyi WANTED DEAD OR ALIVE. REWARD $1000.00 di bawah lakaran gambar Tunku Abdul Rahman.
“Then, whose clever idea writing this,” ujarnya pula sambil mengerling kepada Mr Nesaratnam. Mr.Nesa merenung kami saorang demi saorang. Tidak saorang yang mengaku.
Lama kami terpegun berpandangan antara satu sama lain. Kemundian Ikram angkat tangan dan menbgakui dia, Rashid dan Musa yang menulis slogan itu.
Pagi itu keempat kami di kenakan ‘copral punishment’ di rotan tiap saorang sekali dengan kayu pembaris dihadapan Mr Nesaratnam, manakala Ismail dan 2 murid SMC2 diberi amaran bersama.
Apabila kami berada semula bersama yang lain-lain Guru Besar saterusnya member amaran, bahawa murid-murid sekolah tidak dibenarkan masuk campur politik. Barang siapa yang membawa politik kebilik darjah akan menarima hukuman rotan darinya.
Samada peristiwa kami menerima ‘copral punishment’ dengan di rotan pagi itu diketahui oleh semua murid atau hanya segelintir dari kami yang berada di bilik darjah Standard 6 itu, tidak siapa dari kami yang sanggup memantau.
Chegu Gurucharan juga tidak lagi memberi kami tugasan tolong lukis alatan mengajar bagi kursus perguruan yang dihadhirinya pada tiap hujung minggu itu, munkin atas nasihat dari Mr Nesa rakan sakuarters dengannya itu.






_________________________________________
Rest House+ - rumah persinggahan yang mengandungi bar dan restoran makanan barat untuk Pegawai-Pegawai Expateriat, dan Orang-Orang Kenamaan sahaja.
Mustapha K. – untuk menghormati hamba Allah ini nama penohnya tidak ditu

Rabu, 22 Ogos 2007

Anjakan

Berlajar dalam Tingkatan 1 di sekolah baru GES Sungai Sumum pertama kali mempertemukan kami dengan kumpulan pelajar baru dari berbagai bangsa: Melayu, China, Tamil dan Pakistan. Mereka bertukar dari kelas Primary 6 di sekolah-sekolah Inggeris dari bandar.
Kami juga menerima guru darjah baru, Tamil keturunan Ceylon. Namanya Mr. P.H Nesarathnam (Initial P.H bermaksud Peter Henry). Menurutnya nama bapanya Peter Hendry maka itulah dia gunakan initial P.H.
Berbanding dengan kami dari kelas SMC*, murid-murid baru itu menampakkan keterampilan diri yang jauh berbedza dari kami anak-anak kampung. Mereka berpakaian kemas, bersih dan lebih pintar dan fasih berbahasa Inggeris, menyebabkan kami rasa tergugat dan rendah diri. Selain dari itu, kali ini bagi pertama kalinya beberapa murid perempuan memasuki kelas kami. Zanariah, Shahrumbi dan Shantakumari bertukar dari Sekolah Convent di bandar. Mereka juga sangat fasih bertutur bahasa Inggeris, menyebabkan Guru Darjah kami selalu memperli kami budak-budak kampung sebagai 'Melayu kampung terlalu banyak makan belacan dan petai,' tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik ikut sebutan phonetic yang betul.'

Mr P.H Nesarathnam pasik pada sastera barat teruatama, drama-drama William Shakespeare, sajak-sajak Umar Kayaam, Henry Wortsworth, Robert Louis Stevension, novel-novel Jane Austin dan karyawan-karyawan barat lain-lain. Tiap hari kami sering disogokkan dengan pengkesahan dari karya sastrawan-sastrawan barat itu. Mr Nesa sering bercerita tentang keperwiraan Hannibal & Bala Tenteranya, Keberanian Attila The Turks, kepimpinan Ibrahim Lincoln dan George Washington....dsbnya. Tiap akhir kelas kami dibekalkan dengan rangkap-rangkap sajak soliloquey Hamlet atau sajak-sajak R.L.Stevenson dan kata-kata bersemangat Geeorge Washington di medan pertemporan Gettysberg.

Memang diakui betapa sukarnya lidah Melayu anak kampong mengdeklamasikan barisan ungkapan poetic sastrawan-sastrawan barat itu menurut sebutan ponetic yang betul. Maka tidak heran jika dilabel sebagai 'lidah Melayu Kampung sangat keras kerana terlalu banyak makan belacan dan petai.'

Berkenalan dengan rakan sakelas dari pelbagai kaum ini, sangat menyeronokkan kami. Mereka: Maniam, Teik Sun, Bong Hong, Dayananda, Ikram & Rashid (Keturunan Pakistan) dan Shantakumari (murid perempuan) mewarnai pergaulan kami. Paling kurang, berkenalan ikrab dengan mereka ini membuatkan kami murid-murid Melayu Kampong terpaksa berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Tidak ada jurang perkauman antara kami. Kami bersatu dan bersekutu di bilik darjah, di padang permainan dan pada apa saja projek extra-carricular yang dilaksanakan saperti bersama dalam Pasukan Pengakap atau ketika pementasan drama dsbnya. Pada cuti-cuti sekolah kami menjalankan aktibiti melancung secara 'day trip' dengan basikal kedestinasi-destinasi tertentu.

Dalam kawasan sekolah baru ini terdapat sabuah lopak air ( kolam ) sabesar padang tenis. Kerana kawasan itu berpasir, airnya senantiasa jernih dan bersih. Selalunya pada waktu lepas sekolah atau pada hujung minggu kami banyak menghabiskan masa berkubang di kolam ini. Bagitu cara kami mengikat tali silaturrahim antara berbagai kaum murid-murid GES itu.
________________________________
SMC* - Special Malay Class: Kelas peralihan khas untuk murid-murid dari Sekolah Melayu, menuntut masuk belajar dalam aliran Inggeris.

Khamis, 16 Ogos 2007

GES Sungai Sumum


Perpindahan ke GES Sungai Sumun pada tahun 1954 sangat ditunggukan oleh semua. Guru dan murid-murid. GES Hutan Melintang sudah tidak boleh menampung tambahan kelas. Sekolah tersebut hanya bangunan yang mengandungi 2 bilik darjah sahaja. Bagi tahun kedua sekolah tersebut terpaksa mengadakan 2 sessi ia-itu sessi pagi dan sessi petang.

GES Sungai Sumum jaraknya 7 batu dari Hutan Melintang kearah Bagan Datoh. Untuk kesekolah, perlu menaiki bas dari perhentian bas Hutan Melintang, atau berbasikal menyusur jalan kampung. Kerana kurang kemampuan, aku berbasikal kesekolah. Dari rumahku di Parit 26 baruh aku berbasikal menyusur jalan kebun kelapa kejalan besar. Kecuali bas penumpang yang lalu lalang dalam jarak 1 jam satu dan lori pengangkut barang, jalanraya dari Hutan Melintang ke Sungai Sumum dan saterusnya ke Bagan Datoh agak lengang. Kadangkala dirasakan perjalanan berbasikal di lebuhraya tanpa kenderaan itu terlalu sunyi dan menakutkan. Kerana itu aku galakkan kawan-kawan yang tinggal di kampung-kampung didalam perjalananku, berbasikal bersama. Ismail Shaari salah saorang dari mereka. Kami selalu berkongsi basikal bersama, sama ada dia membonceng basikal aku atau sebaliknya. Bagitulah cara berulang alik kasekolah.

Lebuh raya itu membahagikan kawasan kebun kelapa Malay Reserve dan Estate Kelapa kepunyaan saudagar Inggeris. Di kebanyakkan Estate kelapa itu, disediakan oleh Saudagar-saudagar Inggeris Kedai Todi dan kerja-kerja memperoses todi dari nyira kelapa, khusus untuk pekerja-pekerja mereka, yang rata-rata keturunan Tamil. Bagitu caranya saudagar-saudagar Inggeris itu mengambil hati pekerja-pekerja mereka - dengan memberikan mereka segala kemudahan untuk mengendalikan Kedai Todi yang berlesen dan memproses todi. Selalunya kami bertemu pendayung basikal pekerja estate yang mabuk.

Dalam kebosanan berkayuh basikal itu, bertemu dengan buruh estate yang mabok sangat menguja kami. Mereka pantang dicabar untuk berlomba basikal. Mati-matian mereka mau menang. Bagitulah cara kami menghiburkan diri beradu kekuatan berkayuh basikal dengan buruh estate yang mabuk todi itu. Cara bagini akan mempercepatkan perjalanan untuk kami sampai ka destinasi. Selalunya kami yang menang, kerana kami punya strategi, satiap basikal akan menggunakan tenaga dua orang berkayuh sekali gus - pemandu dan pembonceng. Lagipulak, dalam kegairahan berlomba itu, kadangkala sipemabuk yang sangat teruja dan bersungguh untuk menang, bertindak diluar kelaziman biasa, iaitu dengan memotong ikut ruang yang sempit disabelah ikut kiri perjalanan. Pada banyak ketika basikal mereka tergelincir masuk lopak dibirai jalan. Ada yang sampai terjunam kedalam parit, atau pendayungnya tersungkur ditepi jalan terlalu mabuk untuk meneruskan perlombaan.

Bagitu lah cara kami menghiburkan diri di satiap perjalanan pulang dari sekolah. Selalu terujanya untuk berlomba tiap kali kami menemui buruh estate yang sedang mabuk.

Selasa, 14 Ogos 2007

SEJARAH KETUANAN LAMA mengimbau kembali......

2hb June selalu menguja ingatan ku mengenang kembali ke tahun 1953. Tahun itu aku dalam Special Malay Class 2 di Govt.English School. Hari itu hari istimewa buat kami pelajar sekolah,kerana adanya sambutan perayaan di pekan Hutan Melintang. Pagi itu di-adakankan acara menghormati bendera Union Jack dan diikuti perbarisan murid-murid sekolah yang didatangkan dari sekitar pekan kecil itu. Tidak ramai jumlah kami pelajar sekolah waktu itu. Tidak lebih dari 300 orang yang terlibat. Penduduk kampung hadirin yang datang menyaksikan perbarisan itu munkin jumlahnya munkin lebih dari 600, kerana dari awal lagi kami telah diminta menjemput ibubapa kami hadhir kemajlis itu dan menghibahkan acara itu kepada orang ramai.
Aku tau keluargaku tidak akan hadhir, kerana sikap bapakku tidak mau tunduk dan dilekakan oleh penjajah. Pun bagitu bapaku tidak pula melarang jika ibu dan kakak ku ingin turut perayaan itu. Tapi ibuku sependapat dengan bapaku. Jika bapakku tidak pergi bagitu juga dia. Salepas pendudukan Tentera Imperian Jepun dan kembali samula penjajah Inggeris memerintah Tanah Melayu, kebencian orang Melayu pada sebarang bentuk penjajahan menebal. Mereka mau bebas dan Merdeka. Mereka tidak mau dijajah terus. Kerana semaraknya perjuangan kemerdekaan di dada peribumi negeri ini waktu itu ayahku dan rakan saperjuangannya mulau apa jua bentuk perayaan yang dianjurkan pihak penjajah.
Guru Besar Mr MacKenzie orang yang paling teruja pada peristiwa bersejarah yang akan berlaku itu. Berkali dia berpesan kepada murid-muridnya, untuk pakai uniform sekolah yang baru dan yang bersih, hendaklah memakai stokin dan kasut puteh, dan rambut disisir kemas-kemas. Kami diarahkan berkumpul awal di Padang pada pagi itu. Dia berjanji akan beri tiap saorang murid satu ‘badge Her Majesty The Queen.’
Pengumuman Guru Besar MR MacKenzie itu sangat menguja kami murid-murid sekolah. Seluruh kami ta’sabar menunggu tibanya 2hb.June hari yang gemilang itu.
Pada petang sehari sabelum 2hb.June kami sudah jinak-jinak meninjau ke Padang pekan Hutan Melintang venue berlangsungnya acara istimewa itu esoknya. Terdapat sabuah kereta Tentera British diletakkan disatu penjuru berdekatan dengan Balai Penghulu dan Pejabat Pos. Kami di fahamkan sepanjang minggu mereka berkemah untuk berkawal di padang itu. Disitulah mereka, makan, minum, dan menukar uniform mereka. Kemah kecil ditepi kenderaan itu bagaikan rumah mereka. Mereka tidak segan silu untuk berkeadaan separuh bogel ketika bersalin pakaian, walaupun terdedah kepada ramai. (Ada yang sampai berbogel terus ketika dengan membelakangkan orang ramai). Kehadhiran mereka itu telah menarik perhatian penduduk tempatan, kerana salepas Pendudukan Jepun terlalu jarang penduduk kampong menemui askar di pekan Hutan Melintang atau di kawasan sekitar.
Pag 2hb.June 1953, acara yang ditunggu telah tiba masanya. Ramai kami berkumpul di padang. Ramai para jemputan khas terdiri dari Orang Kenamaan,Kaki Tangan Kerajaan, Penghulu, Sidang, Ketua-Ketua Kaum dan Manager-Manager Estate (Kebanyakkan Orang Puteh) ditempatkan dalam satu bangsal. Ramai penduduk tempatan membanjiri kawasan sekeliling padang bola itu untuk menyaksikan acara itu.


Parayaan hari itu bersempenaan hari Pertabalan Queen Elezabeth II United Kingdom. Tanah Melayu adalah dibawah Jajahan Kerajaan British dalam Negara Kommonwealth.
Maka itu taat setia kami sewajarnya kepada baginda Queen Elezabeth II Ratu England, walaupun kami rakyat negeri Perak mempunyai Sultan Sendiri:DYMM Sultan Yusoff Izzuddin Shah dan ibubapa kami tidak putus-putus berikrar mencurahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada baginda sebagai Sultan dan Kepala Agama Islam.
Saperti dijanji, tiap kami diberikan Badge bulat 1 satengah inci diameter diperbuat dari besi bersalut timah. Tertera diatasnya gambar Queen Elezabeth II.
Kami bangga menyematkannya di dada. Kami rasa bertuah memiliki hadiah penghargaan itu, dan terus bangga menyematkannya kedada masing-masing, bagaikan ia satu bintangkehormatan yang tinggi dan tidak semua orang berjayamendapatinya.

Bagitu rasa teruja kami kanak-kanak sekolah waktu itu.
Bagitulah kuatnya kesan kekuasaan Penjajah kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu waktu itu......

Isnin, 23 Julai 2007

'BERKAKI AYAM' & BERKOPIAH

Rata-rata penduduk kampung sepanjang tahun 1940han dan awal 1950han 'berkaki ayam'’[1] kerana mereka tidak mampu memiliki sepatu. Mereka ‘berkaki ayam’ dijalanan. Jikapun ada yang mampu dan ingin memiliki sepasang kasut, ia sukar untuk didapati, kecuali capal yang diperbuat oleh tukang kasut Melayu tempatan.

Di Tanjung Bayan maupun di penempatan Reserve Melayu itu tidak ada tukang kasut Melayu yang pandai buat capal. Hanya etnik Minangkabau sahaja yang biasa pakai capal diperbuat dari kulit lembu itu. Orang Minang juga ahli menjahit songkok dari kain beledu. Kebanyakkan mereka berniaga di bandar saperti Kuala Lumpur, Ipoh, dan Seremban.

Di Tanjung Bayan tidak ada orang Minangkabau, maka tidak ada tukang yang boleh buat capal. Etnik Minang rata-rata menetap di pendalaman Selangor teruatama di kawasan sempadan dengan Negeri Sembilan. Sejak-awal-awal penghijrahan penduduk dari Sumatra lagi, keturunan Minang telah menguasai negeri Sembilan.

Walaupun bagitu, capal dan songkok boleh dibeli di Pekan Minggu dari peniaga Minangkabau. Harganya sangat kompetitif, menyebabkan penduduk yang kurang mampu; memilih untuk membeli songkok dan kain Samerenda dari memiliki sepasang capal. Ada juga terdapat jenis capal yang dibuat dari getah latex yang dikeraskan, tetap kurang popular kepada penduduk tempatan, kerana ianya berat dan lembek.

Sepekara lagi pakaian basahan harian adalah juga pengenalan etnik dan bangsa dizaman itu. Penghijrahan beramai dari Sumatra, Tanah Jawa dan kepulauan Sulawasi menjadikan penduduk di penempatan Reserve Melayu itu mejoriti dari etnik Melayu Riau dari Tanah Deli, Bugis, Jawa, Banjar dan Mendailing.


Untuk kesepakatan dan sekata mereka memakai songkok. Rata-rata mereka yang memakai songkok itu adalah Melayu dan beragama Islam. Orang China dan Tamil sebahgian besar penduduk Hilir Perak tidak berani memakai songkok kerana ia pakaian Islam.

Pakaian basahan etnik Jawa lelaki dan perempuan biasanya kain batik. Perempuan Melayu juga minat pakai batik lepas keluaran Indonesia untuk kemajlis keraian, manakala kain batik Kelantan dan Terengganu dipakai sebagai kain basahan harian semata-mata. Kain pulikat adalah pakaian biasa lelaki Melayu untuk bersolat di Madarsah dan masjid, juga untuk ka majlis-majlis fardu kifayah.

Wanita China rata-rata pakai seluar. Wanita Melayu pantang memakai seluar, kerana akan di label sebagai orang China atau dituduh meniru pakaian lelaki. Kaum lelaki China kebanyakkan berseluar jerut. Wanita Tamil memakai sari, manakala kaum lelaki bercawat.

Hatta kain batik jenama yang dijual di Pekan Minggu adalah batik dari Jawa yang sangat diminati oleh kaum wanita yang mampu, sementara kaum lelaki cenderung pakai kain tenunan Samarinda untuk majlis-majlis keraian dipadankan dengan baju Melayu chekik musang.

Kain batik dari tanah Jawa tershor kerana bauan wanginya, yang tidak terdapat pada kain batik buatan Kelantan atau Trengganu. Kerana itu bagi orang Melayu jenama kain batik Jawa popular sebagai pakaian untuk kamajlis-majlis, dan kain batik Pantai Timur hanya sesuai sebagai kain untuk pakaian basahan sahaja.

Apapun rekafesyen dan jenis pakaian kegemaran penduduk berbagai kaum di Tanah Melayu waktu itu, kebanyakkan mereka ber’kaki ayam’, kecuali orang-orang China yang telah lama mencipta dan gemar memakai terompah, sajenis capal yang di perbuat dari kayu, tinggi satebal 2 inci dan mengeluarkan bunyi yang kuat tiap kali dilagakan diatas lantai simen. Ada juga orang Melayu yang cenderung dan terikut-ikut pakai terompah, tapi hanya digunakan dihalaman rumah masing-masing sahaja. Mereka jarang berterompah kamajlis keramaian kerana akan di label sebagai orang China pula. Bagitu fasiknya penduduk kampungku terhadap busana mereka. Walaupun mereka sedang dirundung zaman kesusahan dan meleset, busana tradisi berupa perlambangan dan keterbilangan budaya dan seni cipta Melayu dari pelbagai etnik yang kuat dipertahankan.

Songkok dianggap sebagai mahkota di kepala. Pada kelepet songkok akan di saelitkan wang tunai, kuathir jika disimpan dalam poket baju akan tercicir. Kepala adalah jemala lelaki. Kedudukan paling atas dalam tubuhbadan manusia sekali gus layaknya sebagai mahkota tempat letaknya maruah Melayu. Orang Melayu pantang kepalanya dipegang oleh bukan keluarga. Memegang kepala dianggap tidak sopan dan bertujuan jahat menjatohkan maruah sasaorang itu. Memijak kepala sasaorang dianggap tulah. Kerana itu wang kertas, atau dokumen penting saperti ‘surat pengenalan/kad pengenalan’ diri ditempatkan dalam kelepet songkok, kerana dikelepet songkok itu lah dianggap tempat paling selamat ketika berpeleseran di tengah ramai atau dalam majlis-majlis keramaian. Tidak sesiapa yang berani memegang songkok diatas jemala sesaorang itu. Jika itu berlaku buruh padahnya.

Olehkerana rata-rata penduduk kampong tidak berkasut, di satiap kaki tangga rumah disediakan tempatayan bekasan air untuk membasuh (membersihkan) kaki. Ketua rumah memastikan, air basuh kaki dalam tempayan hendaklah dalam keadaan berisi penoh setiap masa.


Terdapat penduduk menggali perigi dihalaman rumah mereka, khusus digunakan untuk membasuh kaki. Pada satiap perigi itu disediakan tangga masuk kedalam air, untuk tujuan membersihkan kaki. 
Terdapat susunan slab batu simen sebagai landasan jalan dari perigi ketangga rumah anjung. Dimajlis-majlis kenduri kesyukuran dan tahlil kelihatan para jemputan dari jiran tetangga akan berdereta menuju kaperigi untuk membersihkan kaki, saterusnya menjengket-jengket meniti slab batu simen menuju tangga hadapan untuk naik kerumah anjung, atau mereka akan membasuh kaki mereka dengan menggunakan gayung menceduk air dari dalam tempayang disisi tangga. Membasuh atau membersihkan kaki rutin biasa dilakukan sabelum naik kerumah.

Sebagai kanak-kanak, dalam keseronokan berlari naik turun tangga rumah, pada ketika-ketikanya kami secara sengaja tidak membasuh kaki. Jika kedapatan, ibubapa akan merotan kaki yang tidak dibasuh itu.


Salepas pendudukan Jepun keluargaku didatangi oleh bapa saudaraku dari Singapura. Orangnya tinggi lampai, kulit hitam manis, berkumis dan segak berdandan. Dia pangkat adik kepada Emak dari ibu yang lain. Kabarnya, ibu Pak Alang keturunan Patan. Dia tidak seiras Emak dan adik beradiknya dari ibu lain. Datukku Haji Ali punya 4 isteri. Kehadhiran Pak Alang secara tiba-tiba dalam hidup kami itu sangat menguja aku. Pak Alang beristerikan saorang wanita comel molek dari Singapura.

Pak Alang saorang bekas Tentera British. Menurutnya sepanjang masa Peperangan Dunia Kedua dia ikut tentera British sampai ke Papua New Guinea. Katanya ditempat dia bertugas itu, penduduk tempatan semuanya bercawat ( lelaki dan perempuan ) dan mereka tinggal diatas pokok dan dalam hutan. Mereka gunakan kulit sajenis ‘siput’ sebagai tukaran matawang. 


Waktu itu aku tidak bagitu tertarik pada pengkesahan ‘pengembaraan’ Pak Alang dizaman perang hingga membawanya kenegeri dimana penduduknya bercawat dan menggunakan sajenis ‘kulit siput’ sebagai matawang itu. Apa yang menarik perhatianku adalah pada keterampilan Pak Alang, berpakaian panteloh atau seluar dan baju pendek warna khaki dengan tali pinggang kulit warna coklat selebar 2 inci dan rambutnya yang ikal mayang senantiasa kemas didandan itu. Lebih menarik perhatian ku, pada sepasang kasut kulit warna hitam yang senantiasa berkilat dan dijaga rapi itu.

Munkin kerana dia tidak biasa ber’kaki ayam’ tiap kali Pak Alang keluar rumah untuk kepekan dia akan memakai sepatu kulitnya itu. Ketika dia berjalan akan kedengaran bunyi ‘berdenyit’ ketika tumitnya bergesel dengan bahagian dalaman kasut, tiap kali dia melangkah. Tapak kasutnya tebal dan dilengkapkan dengan ‘ladam kuda’ diperbuat dari besi. Apabila tersalah pijak buah getah, akan mengeluarkan bunyi ‘meletup’ jika terkena 'ladam kuda' dari besi itu. Selalunya aku untuk memilih membontot dibelakang Pak Alang, semata-mata ghaerah pada sepasang kasut kulit yang dipakainya itu.

Bukan sahaja aku, tetapi ada kalangan pemuda kampungku yang teruja dengan keterampilan Pak Alang itu,menyebabkan ramai ibubapa kuathir anak muda mereka akan tinggalkan kampong untuk masuk tentera. Pada waktu itu pemuda yang cukup umor, sehat tubuh badan, tau membaca dan menulis dan mempunyai kad pengenalan diri akan secara sulit-sulit lari tinggalkan keluarga untuk ke Port Dickson atau Singapura untuk masuk tentera. Ada yang tidak berjaya larikan diri dari kampong, kerana tiada kad pengenalan lantaran disembunyikan oleh keluarga mereka.

Barangkali sepatu kulit, dijaga dengan rapi dan senantiasa berkilat, pakaian seluar pantelon atau seluar pendek warna khaki, bertali pinggang lebar dari kulit dan berbaju pendek yang dipakai Pak Alang itu menyebabkan dia di anggap ikon. Ramai pemuda kampungku ingin ikut jejak langkahnya berkhidmat dalam tentera. Merekapun tergila-gila untuk keluar kampong masuk tentera itu.

Perkara yang sama berlaku kepada Hassan, anak teruna tunggal pasangan Uda Beno dan isterinya Uda Merah. Hassan bersekolah Melayu hingga lulus Darjah 5. Gagal ditawarkan sebagai Guru Pelatih.  Kabarnya Hassan belajar di Sekolah Inggeris di bandar menumpang rumah saudaranya. Satelah beberapa tahun bersekolah Inggeris, Hassan telah berkenalan dengan Pak Alang.

Munkin kerana teruja pada keterampilan Pak Alang bekas Tentera British dan beristerikan dengan wanita Singapura itu, menyebabkan Hassan ambil keputusan tinggalkan kampong dan untuk masuk askar. Dia tidak pulang-pulang salepas itu. Kabarnya dia berjaya mengejar cita-citanya diterima masuk British Army di Singapura dan saterusnya berkahwin dengan gadis Melaka. Aku masih ingat salepas berkahwin Hassan bin Uda Beno telah membawa isterinya pulang kekampung dan perkahwinannya telah raikan keluarganya dengan dia dan pasangannya disandingkan samula.

Mak Alang ku anak Singapura tidak biasa dengan gigitan nyamuk dan cara hidup di kampong. Tiap masa dia bersama kami, Mak Alang tetap cerewet membandingkan cara hidup moden di kota Singapura dengan cara hidup kolot kampong kami.

Ibu bapaku tidak ambil hati, malah menerima sungutan dan cerewet Mak Alang itu sebagai gurauan harian. Kelebihan Mak Alang pula, tiap patah perkataan kritikan yang dikeluarkannya, akan di ikuti dengan gurau senda dan ketawa-ketawa riang.

Ketawa dan gurau senda adalah penawar pada kegetiran penduduk kampong, yang tidak mengenali sebarang bentuk hiburan lain itu.

Pak Alang telah tamat perkhidmatannya dalam Tentera British dan pulang kekampung bersama isterinya itu. Ibubapaku sepakat menawarkan mereka tinggal bersama kami, untuk beberapa ketika sebelum mereka buat keputusan untuk menetap dimana-mana.

Ta’tahan berkerja kampong Pak Alang berhijrah ke Kuala Lumpur. Sebagai bekas tentera, Pak Alang bernasib baik dianugerahkan satu lot tapak rumah di Kampung Datok Karamat, oleh Kerajaan British Malaya. Di Lorong Kiri 18 Kampung Dato’Karamat, Pak Alang mendirikan sabuah rumah papan beratap zinc, sebahgian darinya disewakan untuk menampung hidupnya di kota itu. Dia saterusnya meneruskan perjuangan hidupnya berkerja sebagai Jaga (Pengawal Keselamatan) disabuah Institut Pendidikan di Cheras sahingga bersara.




[1] ‘Kaki Ayam’ tidak memakai sepatu

Isnin, 16 Julai 2007

SEKOLAH MELAYU SUNGAI PULAU

Minggu pertama Januari 1948 aku rasmi menduduki Darjah 1 satelah beberapa minggu menduduki Darjah O pada bulan Disember 1947.

Sekolah Melayu Sungai Pulau berupa sabuah bangunan kayu, bertiang batu, berlantai papan, dinding bangunan diperbuat dari anyaman buluh dan beratap nipah. Besarnya boleh memuatkan 4 bilik darjah. Di tengah bangunan ini, terdapat sabuah tangga batu satinggi kira-kira 4 kaki. Di hadapan tangga batu itu menganjur ke sabuah halaman besar, tempat murid-murid ‘beratur’ (assembly) sabelum masuk kelas. Ada dua batang tiang bendera satinggimkira-kira 20 kaki tiap satu berdiri tegak, sejajar dan megah dihadapan tangga itu. Pada tiang pertama berkibar bendera berwarna Puteh, Merah dan Biru[i] dan pada tiang kedua bendera warna jalur Puteh,Kuning dan Hitam[ii].
Kedua-dua kain bendera itu telah lusuh dan warnanya pudar. Barangkali terlalu lama dipuncak tiangnya. Pada ketika-ketika angin bertiup kencang, kelihatan kesan carik-carik halus pada kedua-dua lembaran kain bendera itu.

Pagi itu pertama kali aku berbaris bersama murid-murid yang lain dihadapan dua tiang bendera itu, menyanyi beramai-ramai lagu “Allah Selamatkan Sultan.[iii]

Tiap murid adalah digalakkan berpakaian lengkap uniform sekolah: baju putih, seluar biru, berkasut dan bersetokin puteh.

Tapi munkin kerana kemiskinan, kebanyakkan mereka tidak memenohi syarat itu. Mereka kesekolah berseluar dan pakai baju biasa, tidak berkasut (berkaki ayam)[iv]. Hanya sebahgian murid Darjah 3 dan sebilangan besar murid dalam Darjah 4 sahaja yang mampu berpakaian uniform sekolah dan berkasut.

Bangunan sekolah itu boleh muat 4 darjah, dari Darjah 1 hingga ka Darjah 4. Guru Besar Chegu Ayub adalah Guru Darjah 4. Di satu sudut bilik Darjah 4 itu, letaknya pejabat Guru Besar,yang dipisahkan oleh pemidang satinggi 4 kaki. Murid yang berjaya ka Darjah 5 akan berpindah ka Sekolah pusat, dipekan Hutan Melintang, di pekan Selekoh ataupun di pekan Bagan Datoh.
Terdapat kuaters guru dua pintu dalam kawasan sekolah. Satu yunit di diami Guru Besar dan satu yunit lagi untuk Guru-Guru Bujang. Termasuk Guru Besar terdapat 4 orang guru di Sekolah Melayu Sungai Pulau waktu itu. Guru Besar Chegu Ayub menurut Pak Uteh lulusan Maktab Perguruan Tanjung Malim, kelulusan yang paling tinggi. 3 guru bujang itu kesemuanya Guru Pelatih.

Dalam keluarga kami Pak Uteh sangat peka pada ehwal pendidikan. Anaknya yang tua dari isteri pertamanya Wazir waktu itu Penuntut Tahun 2 Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Anak keduanya perempuan kabarnya sedang menuntut agama di Sekolah Agama Al Mashoor, Pulau Pinang. Hashim anak pertamanya dengan isteri baru (adik bapaku) sedang dalam Darjah 4. Tahun depan tamat Darjah 5, Hashim dijangkakan akan jadi Guru Pelatih pula.
Pak Uteh selalu kata, dia mau semua anak lelakinya jadi chegu[v]

Di sekolah kami tidak ada Tukang Kebun. Tiap pagi sabelum ‘assembly’ murid-murid didalam Darjah 1 dan 2 dikahendaki tiap saorang mencabut bunga rumput dari padang dihalaman sekolah itu. Tiap saorang mesti berjaya mencabut dua gengam (gemal) ‘kemuncup’[vi]. Untuk mendapatkan dua gemal ‘kemuncup’ memakan masa hampir satengah jam. Apabila sasaorang murid itu telah berjaya mengumpul 2 gemal kemuncup baru dia dibenarkan bersihkan diri ditelaga sekolah dan bersedia untuk beratur apabila loceng di bunyikan. Murid-murid dalam Darjah 3 dan 4 dikahendaki berkebun. Mereka tidak perlu cabut ‘kemuncup’. Mereka diwajibkan menguruskan batas kebun mereka. Markah terbaik akan diberi kepada batas kebun yang subur. Pada hujung tahun, diadakan festa pertanian di Sekolah Pusat. Hasil kebun saperti buah labu, atau petola atau bende atau kacang panjang akan dipertandingkan di festa itu.

Disiplin sekolah sangat ketat. Murid yang engkar akan didenda untuk membersihkan tandas sekolah.

Perjalanan berbasikal dari Tanjung Bayan ke sekolah di Sungai Pulau terlalu mencabar teruatama dalam musim hujan. Hanya 3 orang murid dari Kampung Tanjung Bayan bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Pulau itu; Hashim, Shafie dan aku. Perjalanan yang jauh itu sangat memenatkan, teruatama pada musim hujan. Menolak basikal melalui jalan berlumpur sambil berpayungkan pelepah daun pisang untuk mengelakkan hujan tidak mudah untuk kanak-kanak dalam Darjah 1 atau Darjah 2, saperti aku dan Shafie. Jika pagi itu pakaian kami basah dek hujan, chegu tidak akan benarkan masuk belajar sahingga pakaian itu kering. Jika nasib baik, matahari akan menjengokkan muka dan kami boleh berjemur dihalaman sekolah untuk keringkan pakaian. Jika hujan berterusan, kami terpaksa menunggu di bawah bangunan sekolah. Akibah berpakaian basah: sakit perut, selsema, demam, dan penyakit kulit – idapan penyakit yang biasa kami tanggung.

Sebaik boleh kami tidak mau berjemur ditengah padang atau menunggu dibawah bangunan sekolah jika pakaian kami basah, kerana akan jadi bahan ejakkan murid-murid lain.Kata mereka kerbau suka berjemor mengeringkan diri ditengah padang. Kata kami pula, binatang yang takut basah kena hujan adalah kambing. Ejek mengejek ini akan berlarutan sahingga lepas sekolah dan ketika berjalan pulang kerumah.

Selalunya ejek mengejek bagini akan berakhir dengan perbalahan kecil, bertumbuk sesama kami. Secara langsung wujud kumpulan Anak Melayu dan Anak Jawa di Sekolah Melayu Sungai Pulau.


.........................................................................................
[i] Bendera Union Jack: Merah,Puteh dan Biru.
[ii] Bendera negeri Perak: jalur Puteh,Kuning dan Hitam.
[iii] Di ‘assembly’ sepatutnya dinyanyikan 2 lagu, ia-itu lagu “God Save The Queen” semasa menaikkan berdera Union Jack dan di ikuti lagu “Allah Selamatkan Sultan” ketika bendera Negeri Perak di naikkan. Tapi munkin kerana sekolah itu jauh dari bandar, guru besar buat keputusan tidak diadakan upecara menaikkan bendera, dan memadai dengan menyanyikan lagu “Allah Selamatkan Sultan” sahaja. Munkin juga kerana Guru Besar Chegu Ayub lulusan SITC pengaruh dari perjuangan anti-penjajah semasa di kampus SITC menyebabkan beliau tidak menyanyikan lagu “God Save The Queen” itu. Wallahualam.
[iv] Kaki Ayam: terma yang digunakan jika sasaorang tidak memakai kasut.
[v] Pak Uteh punya 4 anak lelaki dan 2 anak perempuan: Wazir,Hashim,Shafie dan Wahid semua jadi guru. Anak perempuan pertama (kabarnya) jadi Ustazah. Anak bungsunya (perempuan) Norliah jadi suri rumah
[vi] Kemuncup – bunga dari sajenis rumput yang membiak ditanah lapang. Bunga kemuncup ini akan mencucuk dan senang melekat pada kaki seluar atau stoking, dan sukar untuk ditanggalkan.

Khamis, 12 Julai 2007

Darjah 'O' Sekolah Melayu - 1948


Ada sesuatu yang mengembirakan aku pagi itu. Hari itu adalah hari aku mula menjejakkan kaki di Sekolah Melayu. Pak Uteh bersetuju permintaan ayahku untuk aku ikut sepupuku Hashim kesekolahnya mulai pagi itu. Minggu sabelumnya bapaku telah mendaftarkan aku untuk masuk Darjah 1 sessi persekolahan tahun berikutnya. Munkin kerana sudah tidak sabar untuk melihat anaknya bersekolah ayahku minta kebenaran Guru Besar untuk tumpangkan aku seminggu dua di dalam Darjah 1 dahulu.
Untuk tujuan itu Guru Besar beri syarat, jika ada penjaga aku dibolehkan masuk Darjah O[i] - di tumpang sama-sama belajar dengan murid-murid Darjah 1.
“Murid baru akan mula memasuki alam baru pada hari pertama di sekolah. Segalanya asing bagi mereka. Macam-macam kerenah akan berlaku, dan pihak sekolah tidak mau bertanggungjawab. Mereka ta’tau ketandas. Mereka akan buang air dalam seluar. Jika takutkan guru, mereka akan bertindak menangis dan meronta-ronta hendak pulang,” Chegu Ayub, Guru Besar memberi penjelasan. “Darjah O itu darjah tumpang sementara di Darjah 1. Kita benarkan mereka masuk Darjah O, dengan syarat ada abang atau sepupu kini sedang belajar dalam Darjah 1 sekolah ini.”
Ayahku nyatakan, anak saudaranya Shafie sepupuku kini dalam Darjah 1. Dia akan minta Shafie jaga aku. Ayahku juga jelaskan bahawa Hashim sepupuku dalam Darjah 4 tahun depan. Dia juga boleh jaga aku.
Guru Besar bersetuju dan, aku dibolehkan duduk bersama Shafie di kelas Darjah 1 mulai hari Ahad minggu berikutnya.
Petang itu ayah dan emakku kerumah Pak Uteh untuk menumpangkan aku ikut sepupuku Hashim dan adiknya Shafie. Peluang yang diberikan Guru Besar itu bagaikan ‘pucuk di cita ulam mendatang’.Tidak ramai yang layak masuk ka Darjah O, bagi murid daftar baru yang tidak punya abang atau penjaga. Mereka hanya diperlu lapor diri ka sekolah hari pertama pada Penggal 1 persekolah tahun berikutnya Bapaku maukan aku masuk Darjah O dulu, supaya apabila sekolah buka tahun depan aku sudah biasa dengan keadaan di sekolah itu.
Pak Uteh sokong aku masuk Darjah O, dan terus setuju permintaan ayahku itu. Nasihatnya buka sekolah Penggal 1 tahun depan ayahku hendaklah belikan aku basikal, untuk membolehkan aku bertemankan Hashim dan Shafie kesekolah. Hashim tidak dapat menumpangkan aku, kerana dia terpaksa membawa adiknya. Ayahku akur akan nasihat Pak Uteh itu. Aku yang paling seronok, kerana bukan sahaja berpeluang ikut Hashim dan Shafie ka sekolah tetapi akan dibelikan sabuah basikal baru pula.


_____________________________

[i] Darjah O. Bakal murid yang akan masuk ke Darjah 1 tahun berikutnya, digalakkan ikut abang-nya kesekolah selama seminggu dua sabelum Cuti Penggal 3.

Rabu, 11 Julai 2007

KAMPUNG HALAMAN


Generasi ku mengenal persekitaran kediaman kami sebagai Kampung Halaman. Kampung bererti tempat kami tinggal dan membesar. Halaman bererti ruang tempat kami bermain.
Sabenar dan sasungguhnya, Kampung Halaman adalah tempat kami membesar.

Kampung ku tidak punya kawasan permainan (saperti yang tersedia dikawasan perumahan zaman sekarang.) Kawasan permainan hanya terdapat di sekolah. Di sekolah ada padang bola, padang hockey, padang bola keranjang, court badminton dsbnya.
Oleh kerana kampung Tanjung Bayan masa itu tidak punya sekolah, maka dikampungku tidak ada padang permainan.
Separti pernahku kata: membesar dalam keadaan kedaifan, kemiskinan dan serba kekurangan menyebabkan kami pandai berdikari dan ‘resourseful.’ Sendiri-sendiri atau secara berkumpulan kami mahirkan diri mencipta dan membuat alatan permainan. Kami mahir buat gasing dari kayu terpilih, buat bola dengan mengunakan buah kelapa komeng (yang dah kering) dililit dengan getah skrap (scrap), buat layang-layang dari racikan buluh dan kertas, buat tapak dam dari papan, buat kayu congkak dari batang nangka, buat sampan layar dan baling-baling kepalterbang dari kayu jenis Mahang atau Kekabu, ……….

Biasanya bagi permainan berkumpul tentunya unsur pertandingan perlu. Pertandingan bukan semata-mata menguji keahlian pasukan, tetapi kesanggupan dan ketertipan tiap pemain mematuhi undang-undang permainan itu. Sementara alat permainan di reka sendiri, undang-undang bertarung selalunya diajarkan oleh mereka yang berpengalaman dan mahir. Biasanya dari abang-abang yang lebih berumor dari kami. Merekalah guru kami. Keterampilan dan keahlian mereka dalam jenis permainan itu menjadikan kami senang anggap mereka idola kami.
Bagitu secara tradisinya permainan sekampung di turunkan kepada kami.
Lazimnya di satiap rumah kediaman di kampungku telah sedia punya halaman seluas yang termampu. Kawasan halaman itu pula, dijaga rapi dan dibersihkan satiap hari. Pada parameter tiap halaman itu di hiasi dengan tanaman bunga menurut kegemaran tuanpunya, atau bagi yang tidak suka berkebun bunga akan menanam pokok buah-buahan. Apapun minat tuan rumah untuk diisikan dihalaman rumah mereka, sebahgian ruang yang cukup luas tersedia sebagai gelanggang untuk riadah.

Menjemput kawan-kawan sekampung bermainan di halaman rumah kita, satu kebanggaan bagi tiap kami. Untuk menarik kehadhiran kawan-kawan itu, kita mesti punya kepakaran sendiri. Jika sasaorang itu pandai dan mahir bermain dan membuat gasing, halaman rumahnya akan jadi gelanggang permainan gasing. Akan dikunjungi ramai kawan-kawan yang meminati permainan itu. Dia jadi ikon dan ketua dalam permainan itu. Bagitu pula dengan permainan lain-lain. Yang berjaya membuat bolasepak, halaman rumahnya akan menjadi gelanggang bola sepak.

Rumah Musa jiran terdekat, letaknya selang satu halaman dari rumahku. Halaman rumahnya lebih besar dari halaman rumahku. Luasnya lebihkurang satengah padang bolasepak. Bersih dan rapi dijaga keluarganya. Dibirai jalan besar terdapat dua baris pokok manggis yang senantiasa berbuah. Kerap kami bertandang kehalaman rumah Musa untuk bermain sepakbola. Kaluarganya tidak menghalang kami bermain bola dihalaman rumah Musa. Letih bermain, kami memanjat pokok manggis. Berjaya memetik sabiji dua buah manggis yang sedang masak ranum dihujung dahan, kebangaan bagi yang berjaya memanjat untuk memetik buah-buah manggis itu.
Pokok manggis kayunya liat, pohonnya rimbun, dahannya tersusun rapat, sangat mudah untuk dipanjat. Dikawasan belakang rumah Musa juga terdapat beberapa batang pokok rambutan dan pulasan yang tinggi. Pada musim berbuah, jika dan apabila keluarganya tiada dirumah, Musa berani ajak kami memanjat pokok rambutannya.
Antara kami, Musa saorang yang lincah. Dia mahir melakukan segalanya. Dia mahir mamanjat, berenang, dan membuat bolasepak menggunakan kelapa komeng. Malik anak Paman Ramlan bertindak sebagai pembekal getah ‘scrap’. Musa suka itu, kerana dia juga ikon kami dalam permainan bola sepak. Musa ketua pasukan bola sepak kami, dan halaman rumah musa adalah ‘stadium bola sepak kami.’
Malik, Musa, aku dan sagelintir rakan sekampung antara mereka Shafie Uda Menan, dan abangnya DolRahman, adala ahli tetap pasukan bola sepak kami.
Halaman rumah Musa menjadi medan tempat kami bertanjak. Bermain bola dengan pasukan 6 sabelah. Itulah bentuk ‘street soccer’ kami.
Kami rasa kepunyaan kepada Kampung Halaman kami. Kami bebas bertandang kehalaman siapa juga dipersekitaran kediaman kami. Tidak ada batas sempadan. Tidak ada permusuhan. Masing-masing hormat menghormat antara satu dengan lain.Tidak ada pagar sempadan yang memisahkan kejiran kami. Kami membesar dalam keharmonian masyarakat Sekampung Halaman.

Nostalgia

Pepatah Melayu,”Sejauh Mana Terbangnya Bangau, Akan Kembali Kebelakang Kerbau juga,” sangat tepat untuk menjelaskan kecintaan Jenerasi Ku kepada Kampung Halaman kami. Dimana kami berada, kemana kami pergi ketika usara dewasa kami, waktu membesar dalam persekitaran Kampung Halaman tetap membunga dalam ingatan kami.
Kecintaan kami kepada Kampung Halaman dan Masyarakat didalamnya bagaikan satu ikatan talian kekeluargaan yang intim dan kesetiaan yang luhur. Rakan sekampung dan sepermainan, ibarat ‘anak kembar’ yang sukar untuk dipisahkan.

Khamis, 28 Jun 2007

BAPA ku......

Bapaku mempunyai prinsip hidup tersendiri, untuk senantiasa berusaha maju. Katanya kita mesti berusaha untuk maju. Redzeki perlu di cari dan diusahakan sebaik munkin, katanya. Tanpa usaha yang bulat pastinya tidak akan datang bergoleh, yang pipih tidak akan datang melayang. Dia mempunyai pandangan yang positif pada segala yang dilakukannya. Sikapnya itu kadangkala tidak disetujui oleh majoriti mereka, termasuk keluarganya sendiri.
Orangnya jujur, periang dan sangat disenangi jiran tetangga, rakan-rakan dan keluarga. Ramai yang suka berkawan dengannya, (dan munkin tidak kurang yang ingin 'bermusuh' dengannya munkin atas sebab-sebab peribadi.)
Bagiku bapaku saorang yang mempunyai misi dan visi yang mantap. Dalam apa jua kerja yang dilaksanakannya, dia mempunyai halatuju dan matlamat yang telah disusun-atur sebaiknya. Prinsipnya itu selalu tidak dapat difahami ramai teruatama oleh keluarganya sendiri. Kerana itu tindaktanduknya senang disalah mengerti.
Dia pernah jelaskan kepada ibuku bahawa 'olehkerana dia anak lelaki tunggal, dia disyaratkan memberikan tumpuan masa sapenohnya menjaga kebajikan adikberadiknya dari keluarganya sendiri. Sebab itu terdapat, kalangan adik beradiknya ada yang cemburu pada kemajuan keluarga dan keterampilan keluarga kami.
3 kakaknya ibu tunggal menyara hidup tanpa suami, perlu diberikannya tumpuan masa sapenohnya. Walaupun 2 adik perempuannya telah bersuami, mereka cuma pentingkan kehidupan mereka semata-mata.
Pada satu ketika bapaku dikahendaki membaikpuleh rumah kakaknya untuk majlis perkahwinan anak saudaranya. Rumah itu uzor dan sebahgian anjung dan rumah tengah mula rundup. Perlu dibaikpulih segera. Tugasan itu berat. Beberapa batang tiang dan pekakasan lain mesti diganti dengan yang baru. Bermakna dia perlu pergi kehutan bakau mencari kayu jenis mata buaya untuk mengantikan tiang lama dan peralatan yang rapoh itu.
Kerana sebuknya dengan tugasan harian, dia merancang cara pelaksanaan sebaiknya, menjalankan tugasannya itu. Cara yang paling senang mengkontrekkan kerja itu kepada tukang. Tapi, kakaknya itu tidak punya wang untuk tujuan itu. Jika adapun, akan digunakan untuk persiapan perkahwinan anaknya. Mau tidak mau ayahku terpaksa tanggung beban itu sendiri. Tapi secara wenang mereka tuduh, ayahku ambil sikap sambil lewa dan tidak ambil berat untuk melaksanakan tanggungjawabnya itu.
Mereka sangat tidak puas hati. Tarikh perkahwinan anak saudaranya itu, tidak boleh ditangguh. Mereka maukan dia berikan tumpuan sapenohnya pada tugasan itu. Jawabnya kepada kakak-kakaknya itu: "insyaalah sampai masanya, segalanya akan sempurna dilaksanakan."
Pasti, apabila tiba masanya segala tanggungjawabnya yang berat itu telah 'beres' dilaksanakannya, tanpa minta bantuan ahli keluarganya yang lain-lain.
Aku masih ingat dia pernah ajak aku menemaninya memotong dan mengeluarkan kayu jenis 'langadai' dan 'mata buaya' sabesar peha orang dewasa, sepanjang lebihkurang 15 hingga 20 kaki dari hutan bakau dipersisiran Sungai Bernam tidak jauh dari kampung kami. (Kanak-kanak berumor 5 atau 6 tahun waktu itu dianggap sudah boleh membantu keluarga melaksanakan tugasan orang dewasa, sebagai aparentis - pelatih. Kebanyakkan kawan-kawan sebayaku yang tidak bersekolah ada yang berkerja sebagai nelayan, mengambil upah memotong rumput diladang kelapa atau sebagai buruh kasar dipengkalan tambang. Kesempitan hidup yang dilalui mereka semasa dan salepas pendudukan Jepun menyebabkan mereka sedia berdikari berusaha membantu menyara keluarga mereka.) Munkin kerana itu barangkali ayahku lebih senang mengajakku menemani dan membantu dia kehutan bakau itu, dari meminta kerjasama 2 adik ipar lelakinya dan anak-anak saudaranya yang lebih tua dari aku.
Apabila umurku genap 6 tahun dia buat keputusan untuk aku dimasukkan kesekolah. Sekolah yang terdekat, letakkan di Sungai Pulau jarak perjalanan 3 batu dari kampung kami, melalui lorong kampung yang sunyi. Kerana tiada sekolah dikampungku, kebanyakkan kawan-kawan sekampungku tidak bersekolah. Mereka dilatih kerja kampung, untuk membantu menyara keluarga. Keputusannya untuk menyekolahkan aku itu tidak disetujui ramai, teruatama kaluarga aku. Kata mereka,'yang dikejar ta'dapat, yang dikendung akan keciciran.' Mereka kuathir keselamatan aku untuk perjalanan jauh kasekolah itu.
Tapi ayahku bertegas. Katanya, Jepun kalah dan British menjajah samula. Kita semua daif dan bodoh. Aku sendiri tidak berpeluang kasekolah. Aku tidak mau anak lalaki aku yang satu ini, jadi bodoh dan jahil saperti kerbau di cocok hidung oleh penjajah dan di diheret kesana kemari. Akhirnya dia berjaya menumpangkan aku bertemankan sepupuku Hashim & Shafiee (keduanya dah aruah) untuk teman kasekolah, walaupun dia terpaksa bergadai bergolok membelikan aku sabuah basikal, kerana 'ta'muat' untuk menumpang basikal Hashim.
Berulang kesekolah Melayu Sungai Pulau sejauh 3 batu itu satu perjalanan yang jauh bagi kanak-kanak berumur 6 tahun saperti aku. Ibuku saban hari dirundung rasa cemas, kuathir sesuatu yang berlaku pada diriku. Ada ketika-ketikanya Hashim & Shafie tidak kasekolah, dan aku terpaksa pergi bersendirian. Pada ketika musim hujan, jalan becak dan tanah liat senang membalut roda basikal. Aku terpaksa kesekolah berjalan kaki.
Ayahku punyai cita-cita dan misi. Katanya sampai masanya nanti dia usahakan dan tumpangkan aku bersekolah dibandar, apabila ada peluang belajar di Sekolah Inggeris. Cadangnya aku belajar di Sekolah Melayu itu, cuma sampai darjah 3 sahaja. Lepas itu, aku akan ke sekolah Inggeris. Cita-citanya, aku mesti bersekolah Inggeris, kerana Inggeris adalah pemerintah, dan berpendidikan Inggeris akan menjamin masa depanku.
Cadangannya itu mendapat tentangan rakan-rakan dan keluarganya. Kata mereka: "menghantar anak ke Sekolah Orang Puteh bermakna membenarkan anak masuk kristian. Sekolah Orang Putih itu, adalah sekolah Kristian. Matinya nanti ta'tau mengucap. Akan di humban kedalam neraka jahanam."

More.......

Rabu, 27 Jun 2007

KASIH IBU......

Kami dibesarkan dalam pelkukan kasih ibu. Ibuku sangat menyanyangi anak-anaknya. Sepanjang ingatanku ibuku sanggup mengenepikan segala kepentingan dirinya untuk keselesaan anak-anaknya. Kami dibesarkan dengan limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Ibuku senantiasa mendidik anak-anaknya untuk jadi manusia mulia. Hindarkan sikap bongkak, hamburkan budipekerti terpuji.
“Jangan sekali memusuhi sesiapa, kerana sikap bermusuhan dilarang agama kita. Akan merosakkan diri kita juga.”[1] Ungkap kata itu masih ku ingat hingga kehari ini. Itu prinsip hidupnya, dan itulah cara dia mendidik anak-anaknya.

Kemiskinan dan kepayahan hidup keluarga waktu membesarkan kami ditengah gelodak Peperangan Dunia Ke-2 ketika Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) dan sepanjang zaman meleset sabelum dan sasudah itu, membuatkan ayahku memerah sapenoh tenaganya membanting tulang empat kerat untuk menyara kami. Dan ibuku pula membantu seberapa yang termampu olehnya, mengambil upah dengan membuat kerja sampingan. (Lagi malang bagi ayahku, dia sendiri sedia mempunyai tanggungjawab keluarga menanggung 3 kakaknya yang kematian suami – 2 daripada mereka ibu tunggal menyara bilangan anak-anak yang masih belum baligh).

Dalam kesebukan tugasan harian itu, ibuku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada aku dan kakakku Salmah, saterusnya kepada adik-adikku Zabedah dan Lijah yang masih bayi.

Saban malam salepas urusan didapor dan keluarga selesai makan malam ibuku akan dendangkan kami dengan kesah-kesah dari cerita lagenda: Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Yatim Mustapha, Syair Siti Zubaidah, Selendang Delima, Bawang Puteh Bawang Merah dan lain-lain. Ibuku akan bercerita secara lisan/narrative. Dia akan bersyair, berpantun, bergurindam dan berseloka pada babak-babak tertentu dalam pengkesahannya itu. Suaranya mendayu dan mendendangkan syair sedih pengkesahan Hikayat Yatim Mustapa, atau dia akan bergurindam betapa malangnya nasib Melur dan adiknya Pekan dalam kesah Batu Belah Batu Bertangkup, menyebabkan kami rasa sebak dan turut sama bersedih hingga terlelap mata.

Dan pada satiap kali ibuku bercerita, aku dan kakakku Salmah akan patuh disisinya menghayati sapenohnya kesah-kesah itu dari mula sahingga tamat. Aku selalu terlena dipertengahan jalan. Pun bagitu, dia tetap meneruskan ceritanya, walaupun dia tau malam esoknya aku akan memintanya mencaritakan cerita itu samula. Dia akan meneruskan penceritaannya, semata-mata untuk Salmah kakakku, kerana dia telah berjanji akan bercerita sahingga tamat sebagai ganjaran kakakku membantu kerjanya (sebagai aperentis) mengayam tikar pandan atau mengkuang. (Barangkali juga dia saja-saja bercerita supaya Salmah tidak mengantuk dan tidur bersamaku.)

Bagitu cara ibuku menyemaikan pendidikan rohani melalui pekesahan cerita-cerita berunsurkan pendidikan kepada anak-anaknya.

Cerita derhaka Si Tanggang terhadap ibunya, telah memberi kesan yang mendalam kepada kami untuk tidak mendurhaka kepada ibubapa kami dan senantiasa hormat kepada keluarga yang tua. Kesah penderitaan Batu Belah Batu Bertangkup dan Yatim Mustapa, Bawang Puteh Bawang Merah mendidik kami 'pentingkan kesetiaan dan kejujuran sebagai sesuatu yang menyatukan keluarga. Bagitu saterusnya.

Walaupun ibuku tidak pernah melalui pendidikan formal, ibuku mahir membaca Al’Quran dan tulisan jawi. Dia sangat minat membaca. Terdapat himpunan hikayat-hikayat lama dalam simpanannya. (Aku tidak pasti dari mana ibuku memperolehi hikayat-hikayat saperti: Syair Siti Zubaidah, Yatim Mustapha, Selendang Delima, Cerita-Cerita Ambia, Hikayat 1001 Malam, Selendang Delima legenda Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Puteh Bawang Merah, Kesah Mat Jenin yang sangat arif di ceritakannya itu.)

Ibuku juga mahir dalam melakar dan melukis awan larat, sebagai telapak untuk kerjatangan tekatan benang emasnya.

Munkinkah darah seni yang mengalir pada diriku ( dan adikku Zainal) kami pusakai dari ibu?

Yang jelas aku sangat meminati bidang kreatif sastera melalui penulisan kreatif dan penceritaan secara narratif. Ketika berumor 20 tahun, aku telah berjaya memenangi hadiah penulisan kreatif drama radio anjuran Kementerian Kebudayaan Singapura, hadiah-hadiah penulisan cerpen anjuran Berita Harian, Hadiah-hadiah Penulisan Teater anjuran DBP dan UMNO Malaysia, hadiah penulisan teleplay dan screenplay anjuran FINAS dll. Saterusnya banyak cerpen, novel, teleplay, radioplay, screen play dan puisi. Bagitu pula adiku Zainal (Kasajiza AS). Beliau telah memenangi Hadiah Sastera penulisan puisi, saterusnya menulis radioplay, teleplay dan akhir-akhir ini novel. Kami adik beradik juga berpengalaman luas dalam bidang penyiaran kreatif radio,television dan filem, penerbitan dan pengarahan rancangan-rancangan televisyen genre: teleplay, drama bersiri, hiburan/music, dukumentri dll.

Alhamdullillah.


________________________
[1] Ungkap kata ini dituturkan oleh ibuku ketika kami menghadapi krisis family, ketika aruah ayahku terlantar tenat dikelilingi keluarga terdekat – 1960.

Selasa, 26 Jun 2007

Bersyair & Berseloka

Pemerintahan British Malaya telah membawa keceriaan dan kententeraman jiwa kepada penduduk Tanah Melayu, hatta penduduk kampungku jua. Riang ria dan sorak sorai bunyi kanak-kanak bermain, ketawa usek mengusek anak remaja dimajlis-majlis perkahwinan, ketakan ayam ketika direbankan, kambing mengembek dikandang, gema paluan kompang di waktu malam, suara geduk dimasjid dan tetawak disurau-surau adalah simponi hidup bermasyarakat yang penoh dengan keindahan. Semacam segala-galanya dikampung itu hidup dan bertenaga samula. Itulah simponi hidup dialam damai. Kedamaian itu sewajarnya hak mutlak samua.

Di kampungku bunyi geduk dan tetawak berupa tanda waktu bagi mengerakkan tenaga penghuninya. Penentu rutin pagi bagi kebanyakkan penduduk, terletak pada jenis paluan geduk di masjid atau tetawak disurau. Jika ada sesuatu pengumuman ramai, ianya akan dilakukan dengan paluan geduk atau tetawak. Orang ramai akan kemasjid dan surau bertanyakan maksud paluan itu, sama=ada berita kematian, atau kerja-kerja amal dan gotong ruyung. Penentu masuknya waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Esha juga menurut paluan geduk dan tetawak. Jadual harian rata-rata penduduk ditentukan oleh tanda waktu sembahyang atau hebahan berita sekampung. Mereka berkerja, bermain atau berehat ditentukan tanda wakktu itu. Bagitu teguhnya iman mereka, bagiru sebatu kesatuan masyarakat mereka. Redzeki Allah diusaha secara halal. Bumi Allah yang subur diterokai akan menghasilkan limpahan redzeki. Bagitu juga di sungai-sungai, dihutan rimba. Bagi yang sanggup mengusahakan pengeluaran hasilnya akan mendapat imbuhan redzeki yang setimpal.


Purata penduduk kampung sudah bangun sabelum geduk subuh dibunyikan, bersuci dan bermandi manda untuk menunaikan solat subuh. Kaum ibu akan sebuk didapor menyiapkan sarapan pagi, menurut kadar kemampuan masing-masing. Rebus ubi atau rebus pisang bersama kopi, sarapan pagi sebagai alas perut. Ketika kaum lelaki berkerja disewah ladang, menangkap ikan disungai atau memotong kayu dihutan; kaum perempuan membuat kerja-kerja rumah disamping menjaga anak.


Ibuku mahir mengayam tikar dari pandan dan mengkuang. Dia juga pandai menekat dan melorek pelbagai ciptaan 'awal larat' dari bentuk bunga dedaun dan ranting tumbuhan untuk diterapkan pada kain tekat benang emas. Walaupun tidak pernah bersekolah ibuku mahir membaca AlQur'an dan sangat gemar membaca hikayat-hikayat tulisan jawi. Beliau mahir berseloka dan bercerita. Cerita-cerita hikayat Marong Mahawangsa, Hikayat Sang Bima, syair Yatim Mustapa, Syaie Siti Zubaidah...akan disairkan berlagu merdu oleh ibuku. Bagitu cara ibuku mendendangkan kami. Sambil bersyair beliau bercerita, berseloka. Mendidik kami untuk menerima yang baik dan menjauhkan diri dari kejahatan. Cerita bagaimana ibu kempunan untuk makan telor ikan tembakul dalam pengkesahan Batu Belah Batu Bertangkup menjadikan kami adik beradik tidak berupaya melelapkan mata. Cinta kami kepada ibu bapa, paling kami utamakan.

ANAK TANJUNG BAYAN

Membesar di Resab Melayu ditengah masyarakat yang daif.

Mengenai Saya

Foto saya
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.