Pemerintahan British Malaya telah membawa keceriaan dan kententeraman jiwa kepada penduduk Tanah Melayu, hatta penduduk kampungku jua. Riang ria dan sorak sorai bunyi kanak-kanak bermain, ketawa usek mengusek anak remaja dimajlis-majlis perkahwinan, ketakan ayam ketika direbankan, kambing mengembek dikandang, gema paluan kompang di waktu malam, suara geduk dimasjid dan tetawak disurau-surau adalah simponi hidup bermasyarakat yang penoh dengan keindahan. Semacam segala-galanya dikampung itu hidup dan bertenaga samula. Itulah simponi hidup dialam damai. Kedamaian itu sewajarnya hak mutlak samua.
Di kampungku bunyi geduk dan tetawak berupa tanda waktu bagi mengerakkan tenaga penghuninya. Penentu rutin pagi bagi kebanyakkan penduduk, terletak pada jenis paluan geduk di masjid atau tetawak disurau. Jika ada sesuatu pengumuman ramai, ianya akan dilakukan dengan paluan geduk atau tetawak. Orang ramai akan kemasjid dan surau bertanyakan maksud paluan itu, sama=ada berita kematian, atau kerja-kerja amal dan gotong ruyung. Penentu masuknya waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Esha juga menurut paluan geduk dan tetawak. Jadual harian rata-rata penduduk ditentukan oleh tanda waktu sembahyang atau hebahan berita sekampung. Mereka berkerja, bermain atau berehat ditentukan tanda wakktu itu. Bagitu teguhnya iman mereka, bagiru sebatu kesatuan masyarakat mereka. Redzeki Allah diusaha secara halal. Bumi Allah yang subur diterokai akan menghasilkan limpahan redzeki. Bagitu juga di sungai-sungai, dihutan rimba. Bagi yang sanggup mengusahakan pengeluaran hasilnya akan mendapat imbuhan redzeki yang setimpal.
Purata penduduk kampung sudah bangun sabelum geduk subuh dibunyikan, bersuci dan bermandi manda untuk menunaikan solat subuh. Kaum ibu akan sebuk didapor menyiapkan sarapan pagi, menurut kadar kemampuan masing-masing. Rebus ubi atau rebus pisang bersama kopi, sarapan pagi sebagai alas perut. Ketika kaum lelaki berkerja disewah ladang, menangkap ikan disungai atau memotong kayu dihutan; kaum perempuan membuat kerja-kerja rumah disamping menjaga anak.
Ibuku mahir mengayam tikar dari pandan dan mengkuang. Dia juga pandai menekat dan melorek pelbagai ciptaan 'awal larat' dari bentuk bunga dedaun dan ranting tumbuhan untuk diterapkan pada kain tekat benang emas. Walaupun tidak pernah bersekolah ibuku mahir membaca AlQur'an dan sangat gemar membaca hikayat-hikayat tulisan jawi. Beliau mahir berseloka dan bercerita. Cerita-cerita hikayat Marong Mahawangsa, Hikayat Sang Bima, syair Yatim Mustapa, Syaie Siti Zubaidah...akan disairkan berlagu merdu oleh ibuku. Bagitu cara ibuku mendendangkan kami. Sambil bersyair beliau bercerita, berseloka. Mendidik kami untuk menerima yang baik dan menjauhkan diri dari kejahatan. Cerita bagaimana ibu kempunan untuk makan telor ikan tembakul dalam pengkesahan Batu Belah Batu Bertangkup menjadikan kami adik beradik tidak berupaya melelapkan mata. Cinta kami kepada ibu bapa, paling kami utamakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan