Kami dibesarkan dalam pelkukan kasih ibu. Ibuku sangat menyanyangi anak-anaknya. Sepanjang ingatanku ibuku sanggup mengenepikan segala kepentingan dirinya untuk keselesaan anak-anaknya. Kami dibesarkan dengan limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Ibuku senantiasa mendidik anak-anaknya untuk jadi manusia mulia. Hindarkan sikap bongkak, hamburkan budipekerti terpuji.
“Jangan sekali memusuhi sesiapa, kerana sikap bermusuhan dilarang agama kita. Akan merosakkan diri kita juga.”[1] Ungkap kata itu masih ku ingat hingga kehari ini. Itu prinsip hidupnya, dan itulah cara dia mendidik anak-anaknya.
Kemiskinan dan kepayahan hidup keluarga waktu membesarkan kami ditengah gelodak Peperangan Dunia Ke-2 ketika Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) dan sepanjang zaman meleset sabelum dan sasudah itu, membuatkan ayahku memerah sapenoh tenaganya membanting tulang empat kerat untuk menyara kami. Dan ibuku pula membantu seberapa yang termampu olehnya, mengambil upah dengan membuat kerja sampingan. (Lagi malang bagi ayahku, dia sendiri sedia mempunyai tanggungjawab keluarga menanggung 3 kakaknya yang kematian suami – 2 daripada mereka ibu tunggal menyara bilangan anak-anak yang masih belum baligh).
Dalam kesebukan tugasan harian itu, ibuku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada aku dan kakakku Salmah, saterusnya kepada adik-adikku Zabedah dan Lijah yang masih bayi.
Saban malam salepas urusan didapor dan keluarga selesai makan malam ibuku akan dendangkan kami dengan kesah-kesah dari cerita lagenda: Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Yatim Mustapha, Syair Siti Zubaidah, Selendang Delima, Bawang Puteh Bawang Merah dan lain-lain. Ibuku akan bercerita secara lisan/narrative. Dia akan bersyair, berpantun, bergurindam dan berseloka pada babak-babak tertentu dalam pengkesahannya itu. Suaranya mendayu dan mendendangkan syair sedih pengkesahan Hikayat Yatim Mustapa, atau dia akan bergurindam betapa malangnya nasib Melur dan adiknya Pekan dalam kesah Batu Belah Batu Bertangkup, menyebabkan kami rasa sebak dan turut sama bersedih hingga terlelap mata.
Dan pada satiap kali ibuku bercerita, aku dan kakakku Salmah akan patuh disisinya menghayati sapenohnya kesah-kesah itu dari mula sahingga tamat. Aku selalu terlena dipertengahan jalan. Pun bagitu, dia tetap meneruskan ceritanya, walaupun dia tau malam esoknya aku akan memintanya mencaritakan cerita itu samula. Dia akan meneruskan penceritaannya, semata-mata untuk Salmah kakakku, kerana dia telah berjanji akan bercerita sahingga tamat sebagai ganjaran kakakku membantu kerjanya (sebagai aperentis) mengayam tikar pandan atau mengkuang. (Barangkali juga dia saja-saja bercerita supaya Salmah tidak mengantuk dan tidur bersamaku.)
Bagitu cara ibuku menyemaikan pendidikan rohani melalui pekesahan cerita-cerita berunsurkan pendidikan kepada anak-anaknya.
Cerita derhaka Si Tanggang terhadap ibunya, telah memberi kesan yang mendalam kepada kami untuk tidak mendurhaka kepada ibubapa kami dan senantiasa hormat kepada keluarga yang tua. Kesah penderitaan Batu Belah Batu Bertangkup dan Yatim Mustapa, Bawang Puteh Bawang Merah mendidik kami 'pentingkan kesetiaan dan kejujuran sebagai sesuatu yang menyatukan keluarga. Bagitu saterusnya.
Walaupun ibuku tidak pernah melalui pendidikan formal, ibuku mahir membaca Al’Quran dan tulisan jawi. Dia sangat minat membaca. Terdapat himpunan hikayat-hikayat lama dalam simpanannya. (Aku tidak pasti dari mana ibuku memperolehi hikayat-hikayat saperti: Syair Siti Zubaidah, Yatim Mustapha, Selendang Delima, Cerita-Cerita Ambia, Hikayat 1001 Malam, Selendang Delima legenda Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Puteh Bawang Merah, Kesah Mat Jenin yang sangat arif di ceritakannya itu.)
Ibuku juga mahir dalam melakar dan melukis awan larat, sebagai telapak untuk kerjatangan tekatan benang emasnya.
Munkinkah darah seni yang mengalir pada diriku ( dan adikku Zainal) kami pusakai dari ibu?
Yang jelas aku sangat meminati bidang kreatif sastera melalui penulisan kreatif dan penceritaan secara narratif. Ketika berumor 20 tahun, aku telah berjaya memenangi hadiah penulisan kreatif drama radio anjuran Kementerian Kebudayaan Singapura, hadiah-hadiah penulisan cerpen anjuran Berita Harian, Hadiah-hadiah Penulisan Teater anjuran DBP dan UMNO Malaysia, hadiah penulisan teleplay dan screenplay anjuran FINAS dll. Saterusnya banyak cerpen, novel, teleplay, radioplay, screen play dan puisi. Bagitu pula adiku Zainal (Kasajiza AS). Beliau telah memenangi Hadiah Sastera penulisan puisi, saterusnya menulis radioplay, teleplay dan akhir-akhir ini novel. Kami adik beradik juga berpengalaman luas dalam bidang penyiaran kreatif radio,television dan filem, penerbitan dan pengarahan rancangan-rancangan televisyen genre: teleplay, drama bersiri, hiburan/music, dukumentri dll.
Alhamdullillah.
________________________
[1] Ungkap kata ini dituturkan oleh ibuku ketika kami menghadapi krisis family, ketika aruah ayahku terlantar tenat dikelilingi keluarga terdekat – 1960.
Rabu, 27 Jun 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
ANAK TANJUNG BAYAN
Membesar di Resab Melayu ditengah masyarakat yang daif.
Mengenai Saya
.jpg)
- 'Adly Azamin
- Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan